Pengacara dan pelakon terkenal, Hawa Rizwana pernah mencipta kenangan dan rekod peribadi apabila telah berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Hawa Rizwana atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Redzuan berkongsi beberapa foto dirinya yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.00 pagi pada tanggal 14 Ogos lalu.
Hawa Akui Gemar Lakukan Aktiviti Lasak
Untuk rekod, personaliti televisyen berusia 27 tahun ini sememangnya amat meminati aktiviti sukan lasak dan sering memuat naik aktiviti riadah pilihannya antaranya termasuklah berbasikal dan hiking.
“Saya sukakan aktiviti lasak sejak dahulu, jadi perkara itu tidak jadi masalah kepada saya dan saya juga suka mencuba aktiviti ekstrem ini,” katanya.
Artikel berkaitan: Hawa Rizwana Cuak, Stage Meletup! Nabil ‘Lupa Diri’ Teruja Jadi Mechabot
Menurut Hawa lagi, penglibatan dirinya dalam penggambaran program Real Man Malaysia: Wira Merah banyak mendedahkan dirinya dengan aktiviti lasak apatah lagi dia perlu menghabiskan masa dengan berlatih tinju, berbasikal dan aktiviti larian demi menyiapkan diri dari aspek fizikal sebelum penggambaran program terbabit.
Sukan Ekstrim & Lasak Refleks Stamina
“Apa yang saya sedar ialah saya seorang yang mampu berdaya saing kerana jika saya tidak boleh satu aktiviti itu, saya cuba sedaya upaya untuk hadapi semua halangan.”
Gadis berusia 28 tahun ini berjaya membuktikan apa sahaja mampu dilakukan sekiranya mempunyai keazaman dan keinginan untuk melakukannya.
Apa yang penting, dia membuktikan stamina dan kekuatan fizikal dan mental wanita sememangnya kuat dalam berhadapan apa jua cabaran. Syabas Hawa Rizwana!
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Artikel berkaitan: Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana Enggan Terus Dibayangi Neelofa
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.