“Saling Memberi & Membahagiakan Pasangan Memang Tuntutan Agama”-Aeril Zafrel

Dalam pada orang ramai sibuk dengan isu semasa tentang poligami, setia suami isteri, lain pula bagi pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, 34, menyifatkan tindakannya yang saling memberi dan membahagiakan keluarga sebagai antara tuntutan agama.

Baru-baru ini, Aeril berkongsi kejutan dibuatnya untuk isteri tercinta Wawa Zainal, 32, dengan menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition sempena ulang tahun wanita itu.

Cemburu dengan kejutan yang diterima oleh ibunya, anak sulung Aeril dan Wawa, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa terima kejutan yang sama untuk meraikan sambutan hari jadi ke-8 tahun oleh bapanya itu.

Menerusi hantaran video di Instagram itu, Aeril dilihat melayani Hayla seperti seorang ‘puteri’ dengan memberinya jambangan bunga, membeli permainan baharu, membuat rawatan kuku dan menaiki helikopter bersama ibunya, Wawa dan abang, Ahmad Fakhruddin Attar, 9.

Malah, majlis sambutan hari jadi Hayla juga dianjurkan serba meriah dengan tema ‘Barbie’ yang kini menjadi pilihan ramai.

Ditambah, Hayla juga disolek cantik dan anggun persis ‘Barbie’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Mengulas kejutan dibuat itu, Aeril berkata, pemberian suami kepada isteri yang dilakukannya sebelum ini sebagai menghargai Wawa yang selalu ada dan setia bersamanya dalam apa jua keadaan dihadapi mereka.

“Saling memberi dan membahagiakan pasangan memang tuntutan agama. Apa lagi kepada seorang isteri yang saya saksikan jerih payah dan pengorbanannya untuk keluarga kecil kami dan bisnes yang dibangunkan bersama.

“Apa yang saya lakukan itu sebagai menghargai isteri yang selalu ada dan setia dalam apa jua keadaan. Jadi, selaku suami wajar untuk saya menzahirkan kesyukuran dengan memberi hadiah mengikut kemampuan,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, dia juga memperlakukan perkara sama kepada anak-anaknya demi kegembiraan mereka.

Katanya, anak-anak juga membawa rezeki dalam keluarga yang dibina.

“Bukan isteri saja yang saya raikan dengan hadiah. Anak-anak juga saya gembira dan bahagiakan mereka selayaknya. Hadiah bukan semestinya berbentuk material dan fizikal, tetapi yang lebih utama adalah penghargaan.

“Apatah lagi, layanan hebat isteri (Wawa) terhadap saya, anai-anak dan keluarga kami. Meskipun dia tidak meminta, tetapi menghargainya terlebih dahulu akan selalu memperteguhkan ikatan cinta dan kasih sayang kami sebagai suami isteri,” katanya.

Pasangan Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Selain Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dua lagi anak mereka ialah6 Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri, kini berusia dua tahun.

Sumber : Harian Metro


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply