Pelumba muda Malaysia, Qabil Irfan Azlan mengharumkan nama negara selepas merangkul meraih gelaran juara keseluruhan di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol.
Kemenangannya di Litar Kart Ricardo Tarmo menyaksikan pelumba berusia 11 tahun itu berdiri di podium untuk kali ketiga berturut-turut dalam kategori 160cc selepas perlumbaan pertama dan kedua yang berlangsung pada hari yang sama.
Dengan menamatkan kedua-dua perlumbaan pada kedudukan pertama, mengumpulkan jumlah mata sebanyak 50, anak kelahiran Kuala Terengganu itu menunjukkan konsistensi dan kemahiran yang luar biasa di trek.
Kredit Foto : Zulfahmi Khairuddin
Dalam perlumbaan Super Final beliau memperolehi mata berganda dan Qabil Irfan bermula dari barisan hadapan dan berjaya meletakkan dirinya dalam lima teratas sebelum melintasi garis penamat di tempat pertama untuk menambah lagi 50 mata.
Pelumba muda ini menamatkan perlumbaan dengan masa yang pantas, iaitu 14 minit dan 08.764 saat, meninggalkan pelumba Jepun Kotaro Togashi (14:10.057s) dan pelumba Sepanyol Enzo Zaragoza (14:10.289s) di belakang.
Kredit Foto : Zulfahmi Khairuddin
Prestasi cemerlang ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Qabil Irfan Azlan sebagai bintang muda dalam dunia perlumbaan MiniGP, tetapi juga membawa kebanggaan kepada Malaysia di pentas antarabangsa. Dengan terus mempamerkan bakat dan keazaman, pelumba muda ini tanpa ragu menjadi satu nama yang perlu diperhatikan untuk masa depan sukan permotoran Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.