Ada orang beranggapan, rezeki diperoleh mereka itu hasil usaha keras mereka. Ada yang menampilkan tubuh-tubuh seksi untuk tatapan lelaki bukan anjabi itu dikatakan seksi hak peribadi. Itu belum lagi ditegur bab solat, nanti dikatakan kubur masing-masing.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita ambil ringan mengenai bab solat. Lebih-lebih lagi merasakan apa yang dihajati Tuhan berikan tanpa sebarang halangan.
Ternyata Allah beri mereka nikmat yang sangat luar basa hingga membuatkan mereka lupa kepada penciptaNya. Namun itu sebenarnya adalah cabaran paling besar dan hebat dari Dia untuk kita sebagai hambaNya.
Sengaja Allah berikan berikan kemewahan untuk melihat adakah mereka ini akan kembali tunduk pada PenciptaNya.
Perkongsian dari laman sosial Facebook oleh Ustaz Farid Rashidi memberi kita makna tersendiri dan keinsafan dalam diri.
“Aku tak solat, ok je. Siap maju lagi bisnes.”
“Alah, tak tutup aurat pun still sihat je aku ni.” Kata seseorang yang lain pula.
Ini contoh gambaran yang selalu berlaku dalam masyarakat kitakan. Allah SWT bagi dia nikmat luar biasa. Bagi dia rezeki yang banyak. Gaji besar. Bisnes duit juta-juta. Kereta mewah. Rumah agam indah. Jarang jatuh sakit. Anak-anak berjaya hingga ke menara gading. Dapat pula melancong setiap tahun ke seluruh dunia.
Semua dia dapat
Walhal hidupnya jarang sekali dahi mencecah sejadah. Kalau pun ada, boleh dibilang jari waktu hadir solat Jumaat atau ada solat di program tertentu.
Puasa pula, yang yok bangun pagi seluk periuk. Al-Quran, jauh sekali dibaca. Maksiat itu dah jadi biasa. Zakat, sedekah jarang sangat dibuat.
Orang nasihat elok-elok dikatanya menyibuk pula.
Nauzubillahhi minzalik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang Allah kasihi, itulah yang dinamakan istidraj. Allah SWT uji dengan kesenangan, kemewahan dan kejayaan luar biasa. Leka dan ralit hingga lupa bahawa semua itu Allah SWT yang bagi padanya.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ” ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ} [الأنعام: 44]
Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: (Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa) [Al An’am: 44]. Hadis riwayat Ahmad, no. 17311]
Allahu Rabbi.
Marilah sama-sama kita berpesan. Pesan pada diri sendiri sungguh-sungguh bahawa segala nikmat dan rezeki Allah SWT yang beri, bukan dari makhluk-Nya. Selalu minta pada Allah SWT supaya hati tak dibolak-balikkan.
Dan sebagai tanda sayang, ingatkan saudara-saudarimu juga. Hidup ini begitulah, perlukan nasihat agar tak leka dan alpa.
Kredit Farid Rashidi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.