Parmesan Pastry Bites, Kudapan Enak Yang Tak Jemu Dimakan

Parmesan Pastry Bites, hidangan yang mudah untuk disediakan. Malah, ia begitu enak dimakan ketika panas-panas. Tak sedar habis sepinggan. Memang tak jemu makan. Paling penting, gunakan Keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan ini. Bertambah enak dibuatnya. Anda boleh cuba hidangan ini. Pasti puas hati.

PARMESAN PASTRY BITES

BAHAN-BAHAN:
  • 3-4 keping puff pastry segera
  • 100gram Perfect Italiano Parmesan
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • Cincangan parsli kering secukupnya
  • 1 biji telur – pukul dengan garfu
CARA MEMASAK:
  1. Potong puff pastry mengikut saiz yang disukai.
  2. Berus dengan telur di sekeliling pastri.
  3. Letak 1 sudu makan Perfect Italiano Parmesan di bahagian tengah. Tabur serbuk paprika dan parsli kering secukupnya.
  4. Susun puff pastri di dalam dulang pembakar.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 10-15 minit atau hingga pastri keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply