“Abah Sebenarnya Garang” QADEJAH Dedah Kehidupan Sebagai Anak Jutawan Aliff Syukri

Baru berusia 13 tahun, Qadejah El Zahra anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri ini dipuji memiliki raut wajah yang cantik dan manis persis ibunya, Datin Seri Nur Shahida.

Ke mana tumpahnya kuah, kan?

Qadejah dilihat sering berkongsi video pendek di Instagram Sugeh Eco Resort.

Selain  berkongsi tentang kehidupannya sebagai anak Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, dia turut membantu mempromosikan bisnes keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by panggilan manja cess (@qadejah_terlajaklaris)

Dalam perkongsian tersebut, ibu dan bapanya itu memiliki karakter yang berbeza. Malah, apa yang kita lihat di media sosial tidak sama dengan karakter sebenar mereka.

“Sejak saya kecil, Abah seorang yang tegas dan garang dengan saya.

“Bila dah meningkat dewasa saya mula faham kenapa Abah memarahi saya. Abah ingin saya menjadi seorang manusia yang baik.

“Abah tidak mahu saya menjadi manusia yang biasa sebaliknya luar biasa dan hebat.”

Qadejah turut mendedahkan, ibu dan bapanya itu mempunyai karakter yang berbeza.

“Mama dan Abah agak berbeza.

“Mama seorang yang ceria berbanding Abah.

“Mama benarkan kami buat apa sahaja yang kami inginkan.

“Karakter Mama lebih membawa kepada keceriaan. Mama juga tidak mengongkong tetapi masih mementingkan pembelajaran.

“Sama seperti Abah, Mama menginginkan saya menjadi manusia yang hebat dan luar biasa.”

MINAT BISNES SEJAK KECIL

Datin Seri Nur Shahida pernah meluahkan harapannya itu dalam satu hantaran di akaun Instagram peribadi.

Kata Datin Seri Nur Shahida, walaupun baru berusia 13 tahun namun Qadejah sudah mempunyai minat dalam perniagaan. Kelebihan yang ada pada Qadejah itu dikatakan saling tak tumpah seperti bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

“Setiap anak ada kelebihan dia. Masing-masing punya minat sendiri. Tapi apa yang saya nampak Cess ni lebih pada berniaga.

“SALING TAK TUMPAH DENGAN ABAH DIA @ALIFFSYUKRITERLAJAKLARIS. KALAU DENGAN PELANGGAN TU CUKUP MESRA, PETAH BERBICARA SAMPAI PELANGGAN TU BELI LA.”

Selain petah berbicara, Qadejah juga fasih berbahasa Inggeris. Memang terpegun setiap kali melihat video-video Qadejah mempromosikan perniagaan keluarganya.

“Harap suatu hari nanti ada lah yang mewarisi perniagaan ni nanti. Nak harap Mama dengan Abahnya dah tak larat dah. Fikir nak duduk rumah je nak berehat.”

QADEJAH ANAK DISLEKSIA
Qadejah mewarisi genetik bapanya yang mengalami disleksia. Ia hanya disedari ketika Qadejah berusia enam tahun.

Namun setelah menjalani rawatan khusus dan pernah belajar di Pusat Disleksia Ampang, Qadejah kini membesar sebagai seorang anak yang bijak, kreatif dalam seni lukisan serta petah berkata-kata.

Menurut Datin Seri Nur Shahida, Qadejah seorang anak yang mudah dijaga. Kelebihan yang dimiliki Qadejah adalah lebih kepada seni.

Antaranya, dia gemar melukis apa yang orang lain tidak pernah terfikir untuk lukis. Punya daya pemikiran di luar kotak!

Semoga Qadejah menjadi anak yang solehah di dunia mahupun akhirat seterusnya bergelar wanita hebat di sisi Allah SWT.

Untuk info, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007.

Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.

Kredit Foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida, Qadejah El Zahra

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Comments

Leave a Reply