Tak sangka tandas lama dijadikan bangunan komersial, kedai kopi dengan dekorasi yang menarik.
Sebuah tandas yang dibina semasa era Ratu Victoria telah diubah suai menjadi kedai kopi yang bergaya di Britain. Tandas awam lelaki itu telah digunakan sejak tahun 1890-an hingga 1960-an, sebelum tidak beroperasi selama setengah abad.
Tandas Awam Tidak Beroperasi Setengah Abad
Bangunan itu masih mengekalkan jubin asal hasil rekaan lama. Pekerja-pekerja mengambil masa lapan bulan untuk membaik pulih tangga dan membuang 12 lapisan cat pada dindingnya.
Bahagian atas tempat membuang air kecil yang melengkung telah dijadikan sebagai pembahagi tempat duduk pelanggan.
Di Kenali Sebagai ‘The Attendant’
Bangunan kedai kopi yang kini dikenali sebagai The Attendant itu mempunyai keluasan kira-kira 36 meter persegi.
Ia menjadi tumpuan penduduk di Fitzrovia, tengah London kerana menghidangkan sandwich gourmet dan kopi gaya barista kepada pelanggan.
“Memang kelakar untuk minum teh di dalam tandas,” kata seorang pelanggan.
Kedai itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan campuran kopi espresso mengikut musim.
“Kami mahu mewujudkan persekitaran untuk membolehkan orang ramai melegakan diri bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami juga mahu mewujudkan tempat yang mempunyai pelbagai personaliti dan sesuatu yang didorong oleh sejarah, kemampanan dan etos,” kata pemilik kedai, Ryn De Oliveira.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.