‘Tidak lupa hukum dan batas agama.’ Zahiril Adzim sanggup tolak tawaran produksi Hollywood kerana membabitkan adegan ranjang yang tak sesuai dengan statusnya seorang muslim.
Tidak dinafikan menjadi impian setiap pelakon untuk menempa nama di peringkat antarabangsa, begitu juga dengan aktor Zahiril Adzim.
Tidak Lupa Hukum
Namun begitu, dia mengambil pendekatan untuk menolak tawaran berlakon daripada produksi Hollywood yang bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang yang beragama Islam.
Zahiril menegaskan, dia tidak berfikir panjang untuk menolak tawaran berkenaan setelah membaca skrip.
Tambahan pula, ia membabitkan adegan ranjang yang tidak sesuai dengan status sebagai suami dan Islam.
Batas Agama
"Beberapa tahun lalu saya ada menolak tawaran produksi Hollywood yang bertentangan dengan prinsip saya. Malah, saya juga sudah lupa akan judul filem berkenaan.
"Apabila membaca skrip itu, saya terus ucapkan selamat tinggal kerana belum apa-apa sudah ada babak atas katil. Malah, skrip itu menuntut saya dan pelakon wanita itu berbogel separuh badan.
"Jadi tanpa berfikir panjang saya menolak kerana saya tidak mahu melakukannya," kata Zahiril.
Zahiril Adzim Sanggup Tolak
Jelas Zahiril lagi, biarpun menyimpan impian untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa, namun dia tidak akan sesekali melupakan hukum dan batas agama.
"Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tapi kalau diberi peluang, siapa yang tidak mahu. Tetapi kalau terpaksa melanggar (hukum) seperti itu, saya rela tolak.
"Memang sepatutnya seorang pelakon ini kena buat apa sahaja untuk karakter tetapi bergantung pada pelakon.
"Saya ada pendirian, prinsip saya sendiri dan tidak akan sesekali saya ketepikan perkara tersebut," katanya.
Tawaran Produksi Hollywood
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Zahiril bakal muncul dengan karya Hairul Azreen berjudul Ada Hantu 2 yang akan ditayangkan ke pawagam seluruh negara bermula 15 September ini.
Selain Zahiril, filem Ada Hantu 2 ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Henley Hii, Theebaan G dan Rubini Sambanthan.
Kashoorga : Tak salah bergelar berlakon selagi dia mampu mempertahankan prinsipnya serta tak melanggar batas agama.
Sumber : myMetro
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.