‘Viral Suka Berpuasa, Pakai Baju Melayu.’ Hilang Seluruh Keluarga Kerana Covid-19, Selesai Berkabung Cikgu Param Peluk Islam

‘Viral suka berpuasa, pakai baju melayu.’ Hilang seluruh keluarga kerana covid-19, selesai berkabung Cikgu Param peluk islam kerana dia perlu menunaikan tanggungjawab sebagai satu-satunya waris terlebih dahulu.

Selepas tempoh berkabung selama setahun berakhir dan dia telah melakukan penghormatan terakhir buat ahli keluarga, kini Cikgu Param telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Artikel Berkaitan: Walaupun Baru Empat Tahun Peluk Islam, Wanita Ini Muncul Johan Hafazan Peringkat Kebangsaan

Viral Suka Berpuasa

Kongsi Dr Taufiq Razif, Cikgu Param ini dulu pernah viral sebab dia walaupun ketika tu masih belum masuk Islam tapi dia suka sungguh berpuasa dan pakai baju Melayu.

Lagi viral bila di sebalik wajahnya yang selalu tersenyum sebenarnya ada kisah perit yang sangat dahsyat.

Semasa covid 19 sedang mengganas suatu ketika dulu, dia kehilangan seluruh ahli keluarga dalam sekelip mata!

Pakai Baju Melayu

Ayahnya, ibunya dan satu satunya abangnya telah meninggalkan dia dalam sekelip mata! Dan ketika itu dia tak dapat pun berjumpa dengan mereka di saat akhir hidup mereka sebab dia sendiri sedang bertarung dengan covid stage 4!

Besar sungguh dugaan cikgu Param ni. Saya dengar sendiri cikgu Param ni bercerita pada saya dengan linangan air mata yang mencurah-curah turun bagaikan takungan air yang pecah dan roboh!

Dan kini, setelah dia mengucapkan kalimah syahadah ba’da solat Jumaat tadi rupa-rupanya Allah nak bagi sesuatu.

Di saat dia merasa dia telah kehilangan seluruh ahli keluarga, kini Allah berikan dia seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam sebagai ahli keluarganya!

Selamat datang kepada fitrah wahai saudaraku Parameswaran Kunaseigaran . Kini, kami semua adalah keluarga dan adik beradikmu!

Hilang Seluruh Keluarga

“Perasaan saya bercampur baur antara sedih dan gembira sebaik melafazkan dua kalimah syahadah,” kata aktivis masyarakat yang aktif dalam kebajikan K Parameswaran, 35, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Param yang memeluk Islam di Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang selepas solat Jumaat minggu lalu.

Menurutnya, dia tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata selepas melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof dengan turut disaksikan jemaah lain termasuk rakan-rakan yang datang dari jauh.

“Bagi saya, lafaz dua kalimah syahadah ini boleh dilakukan sama ada di Kuala Lumpur atau mana-mana saja lokasi suatu hari nanti kerana saya memang bersedia untuk memeluk Islam.

“Namun, Allah SWT sebaik-baik perancang kerana menemukan saya dengan Ustaz Yaakub sekali gus melafazkan dua kalimah syahadah di hadapannya disaksikan jemaah masjid yang saya sendiri tidak kenal mereka,” katanya ketika dihubungi.

Kerana Covid-19

Menurutnya, dia amat terharu kerana ramai jemaah masjid datang bersalaman sambil memeluk dengan memberi kata-kata semangat kepadanya selepas selesai melafazkan dua kalimah syahadah.

“Sebelum melafazkan dua kalimah syahadah, saya ‘berkampung’ terlebih dulu di MADAD selama dua bulan setengah untuk mendalami dan mempelajari ilmu asas agama Islam.

“Alhamdulillah, dengan bantuan ustaz dan tenaga pengajar di MADAD, saya dapat belajar solat, membaca al-Quran serta ilmu agama yang lain,” katanya yang sejak kecil membesar dalam komuniti Melayu.

Baca Di Sini:

Meninggal Dalam Lafaz Syahadah, Dijemput Illahi Selepas 18 Hari Peluk Islam

Anak Bill Gates Peluk Islam? Selamat Bernikah Dengan Atlet Nayelm Nassar

Selesai Berkabung

Menurutnya, dia sudah lama ingin memeluk Islam namun tiga ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 tahun lalu dan dia terpaksa berkabung selama setahun selepas pemergian mereka.

“Sebagai satu-satunya waris yang ada, saya kena berkabung selama setahun kerana perlu melakukan upacara penghormatan terakhir buat ahli keluarga mengikut agama dulu.

“Jadi, selepas saja selesai tempoh berkabung saya akhirnya meluahkan hasrat untuk memeluk Islam kepada ustaz dan rakan-rakan dan berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu,” katanya.

Cikgu Param Peluk Islam

Menurutnya, ketika masih hidup semua ahli keluarga tidak pernah menghalang sekiranya dia mahu memeluk Islam namun dia masih belum bersedia ketika itu.

“Ketika masih hidup ibu dan bapa tidak pernah menghalang kerana selagi apa yang saya lakukan itu betul dan tidak memutuskan ikatan persaudaraan ia sudah memadai untuk mereka.

“Malah, ibu dan bapa memang cukup seronok melihat saya dan abang membesar dalam komuniti Melayu dan setiap kali tiba Ramadan mereka tidak pernah lupa membelikan juadah untuk diberikan kepada jiran,” katanya.

Ditanya mengenai nama yang akan digunakan nanti, Cikgu Param berkata buat sementara ini ia masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih nama yang sesuai buatnya.

“Saya memeluk Islam atas kerelaan hati sendiri dan sebagai orang baru, banyak lagi yang saya perlu belajar serta mendalami dalam ilmu agama,” katanya.

Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Cikgu Param. Semoga dipermudahkan urusan.

Sumber : Taufiq Razif, myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply