Bob Lokman meninggal dunia. ‘Sanggup tinggalkan kemasyhuran dunia untuk infak diri pada dakwah Islam.’
Kongsi, Pemuda PAS Kawasan Dungun, menerima perkhabaran yang menyedihkan berkenaan kematian seorang artis yang cukup profilik, pendakwah yang sangat berjasa serta pejuang yang tidak putus-putus usaha dakwahnya iaitu abang Bob Lokman.
Pemuda PAS Kawasan Dungun antara pemuda kawasan yang banyak mendapat sentuhan dakwah daripada Abang Bob Lokman. Bayangkan sejak tahun 2011 lagi abang Bob telah turun berceramah di Dungun, Terengganu.
Susuk tubuh ini sanggup meninggalkan kemasyhuran dunia, hidup yang popular dan duit yang berlimpah ruah semata-mata untuk menginfakkan dirinya pada dakwah islam.
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Anuar Kongsikan Sebab Ustaz Kazim Disihir & Cabaran Berdakwah Dihadapi Yang Datangnya Dari Orang Islam Sendiri
Bob Lokman Meninggal Dunia
Ketika hidupnya dalam kemasyhuran bajunya berkilau-kilau, namun apabila tinggalkan kecanduan duniawi, bajunya simple dan biasanya hanya memakai baju pagoda.
Teringat kisah seorang sahabat nabi S.A.W Hazrat Musaab Bin Umair, apabila syahid di medan Uhud, menangis Rasulullah S.A.W apabila melihat jasad Hazrat Musaab tidak cukup kain untuk menutup jasadnya.
Apbila ditutup mukanya terbuka kakinya dan apabila ditutup kakinya terbuka mukanya. Sedangkan ketika belum Islam Hazrat Musaab Bin Umair lah jejaka tampan paling mewah baju dan minyak wanginya.
Sanggup Tinggalkan Kemasyhuran Dunia
Ya Allah kau damaikanlah Abang Bob Lokman di alam barzakh. Sesungguhnya kami bersaksi dia seorang yang istiqamah dalam perjuangan, mengorbankan segala-galanya untuk agamamu.
Malah, dia adalah insan yang ikhlas dalam perjuangan. Terimalah segala amalannya dan letakkanlah dia dalam golongan syuhada dan siddiqin.
Untuk Infak Diri
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu di Kelantan pada Jumaat.
Berita sedih mengenai pemergian bintang 8 tahun itu disahkan oleh anak lelakinya, Ahmad Sufian.
Katanya arwah mengalami sesak nafas sejak Khamis malam sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka sekitar pukul 2 petang, Jumaat.
“Semasa arwah ayah sesah nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Nmaun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah,’ katanya.
Untuk rekod, pada Jun lalu kesihatan Bob dilaporkan kurang baik di mana tahap penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus.
Arwah ketika itu bergantung pada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
Baca Di Sini:
Sebarkan Kebaikan Dengan Penuh Adab, Sesiapapun Boleh Berdakwah
Pada Dakwah Islam
Sejak beberapa tahun lalu, Bob juga pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, akibat daripada masalah jantung.
Arwah juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Rawatn Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.
Mengenai penglibatan dalam bidang seni. Allahyarham terkenal dalam penghasilan lirik lagu popular pada era 1980-an dan 1990-an.
Antara karyanya ialah Isabella (Search), Mmeburu Rindu dan Rendang Tak Berbuah (Hattan) serta Intanku Kesepian dan Taman Rashidah Utama (Wings).
Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Isyak.
Kashoorga: Perginya di hari Jumaat yang mulia. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Amin.
Sumber : Pemuda PAS Kawasan Dungun, mStar
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.