‘Bapa Dapat Hidayah, Bimbing Anak-Anak Sekali.’ Kevin Zahri Sebenarnya Mualaf, Dalami Islam Pada Usia 12 Tahun

‘Bapa dapat hidayah, bimbing anak-anak sekali.’ Kevin Zahri sebenarnya mualaf, dalami islam pada usia 12 tahun.

Benarlah hidayah itu milik Allah, Kevin Zahri antara insan yang terpilih. Dibesarkan dalam agama Kristian, kemudian sekembalinya ke tanahair diminta untuk mengikuti ajaran secara tiba-tiba sudah tentu bukan sesuatu yang mudah.

Tetapi dirinya tak melatah apabila diajukan soalan berkaitan dengan isu ini, sebaliknya menjelaskan perkara ini dan tenang apa yan berlaku dalam hidupnya sejak kecil.

Artikel Berkaitan : “Paling Sedih Mandikan Mayat Bayi Baru Lahir”, Tokoh Mualaf WP Kongsi Pengalaman Sebak Urus Jenazah Covid-19

Bapa Dapat Hidayah

Kevin Zahri yang merupakan jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan kerap kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.

Baru-baru ini, dia menjawab persoalan yang diajukan warganet termasuk berhubung agama dan mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf.

Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.

@kevinzahriLife is a journey of discovery ❤️♬ original sound – Kevin Zahri

Bimbing Anak-Anak Sekali

“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).

“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama.

‘Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.


Kevin Zahri Sebenarnya Mualaf

Namun ternyata hidayah itu milik Allah. Segala berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun.

“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.

“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.

Baca Di Sini:

Pilih Islam Sebagai Agama Baru. Gadis Mualaf Syukur Perjalanan Ucap Kalimah Syahadah Dipermudahkan!

“Tak Pernah Seumur Hidup Saya Dapat Bantuan Begini…” Mualaf Teresak Nangis Terima Hadiah Motor

Dalami Islam

Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan dia pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.

“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.

“Diharapkan dalam video yang lain saya akan kongsikan tentang penghijrahan sebagai seorang mualaf. Apa pun alhamdulilah saya seorang muslim kini,” katanya.

Pada Usia 12 Tahun

Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan kesyukuran dan memuji tindakan dirinya menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.

Ujar mereka:

-“Masya-allah, Tabarakallah, bapa coach mendapat hidayah dan membimbing anak-anak, Alhamdulillah.”

-“Suka cara dan penerangan coach, terperinci dan tenang walaupun soalan agak sensitif.”

-“Pernah tengok Coach Kevin khatam al-Quran.”

-“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!”

-“Alhamdulillah, sebaik-baiknya begitulah perjalanan hidup seseorang mualaf.”

-“Syukur ayah Coach sedar kesilapan dan berusaha untuk betulkan apa yang salah.”

Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Kashoorga : Biar lambat tapi kita tahu dan mahu berubah kepada kebaikan serta kembali kepada Allah SWT.

Sumber : Sinar Plus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply