“Tudung bagi nampak macam ‘Puan Amirah’ sikit.’ Sejak berkahwin, suami banyak tegur penampilan Mira Filzah. Begitulah tanggungjawab seorang suami iaitu menjaga aurat isteri agar kelihatan sempurna.
Ungkap pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, dia tidak pakar dalam berfesyen sebaliknya lebih menggayakan apa yang selesa sahaja.
Artikel Berkaitan: Style Tudung Masuk Dalam Baju. ‘Hukum Tetap Hukum, Jangan Sampai Berhijab Tapi Berdosa.’
Tudung Bagi Nampak
Terbaharu, menerusi temubual dalam sebuah program bual bicara, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memberitahu selepas berumah tangga, suaminya juga akan menegur tentang penampilannya.
“Bagi saya apa yang simple dan selesa itu dah menunjukkan saya tetapi bila saya pergi ke sesebuah acara saya juga akan guna khidmat penata gaya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ berbanding Mira Filzah.
Macam ‘Puan Amirah’ Sikit
“Dia ada bertanya “make up ada macam Puan Amirah tak hari ini”. Jadi dia faham penampilan saya macam mana.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”. Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” jelas Mira.
Dalam masa yang sama, Mira Filzah turut menceritakan dia tidak gemar memuat naik sebarang hantaran ketika dirinya hamil anak pertama tahun lalu sehingga penampilan dikritik warganet namun tetap positif disamping suami tercinta.
Sejak Berkahwin
“Ketika dalam proses awal kehamilan, saya tak suka post dalam media sosial ketika itu muka saya sedikit cengkung.
“Saya makin kurus ketika itu, muka cengkung, berat badan pun lambat naik walaupun saya tidak mengalami muntah-muntah.
“Sampaikan saya muat naik gambar di media sosial, sampaikan ada netizen kata “kenapa cengkung sangat ni? Tak bahagia lah tu”.
“Dalam hati saya ketika itu geram dan sebab itu saya tak suka media sosial ketika itu. Jadi benda sebegitu yang buat saya stres.
“Tapi syukur suami saya seorang pendengar yang baik. Saya rasa setiap kali saya luah sesuatu kepada dia, saya puas,” ujarnya.
Baca Di Sini:
Suami Banyak Tegur
Tambah Mira, biarpun dirinya agak baharu dalam dunia seni hiburan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu meluahkan rasa syukur dengan apa yang dikecapi kini dan menganggap kemahsyuran seseorang bergelar selebriti tidak akan kekal lama.
“Walaupun saya tidak terlalu lama dalam industri saya selalu ada pemikiran yang saya rasa puas dan syukur.
“Dalam tempoh 4 tahun ini, saya rasa syukur dengan apa yang saya capai sebab sebelum saya bersalin saya cakap “boleh ni berlakon lagi” tetapi bila tengok anak saya jadi lebih berjaga-jaga.
“Saya juga ada isu kepercayaan dengan orang lain lagi-lagi hal berkaitan anak.
Penampilan Mira Filzah
“Dunia kemahsyuran itu tidak kekal lama. Anak, suami dan keluarga yang kekal selamanya.
“Kadang-kadang saya berfikir untuk terima sesuatu tawaran, apa pun saya hanya tawakal dan Insya-Allah semuanya akan okey,” katanya.
Mira Filzah dan Wan Emir telah mendirikan rumahtangga pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khair Amir yang kini berusia hampir 7 bulan.
Kashoorga: Semoga Mira Filzah bahagia dan terus istiqamah bergelar seorang muslimah.
Sumber : xtra
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.