‘Jangan tinggal solat, baca Al-Quran walaupun merangkak.’ Ini rahsia Lisa Surihani untuk kekal istiqamah selama ini. Berubah dan berhijrah ke arah kebaikan itu mungkin mudah bagi sesetengah orang.
Namun untuk kekal istiqamah dan tak mengulangi kesilapan silam ternyata bukan sesuatu yang mudah. Setiap orang berdepan dengan situasi getir ini bila berhijrah. Masing-masing miliki cara tersendiri untuk kekal istiqamah, begitu juga selebriti ini.
Semenjak Lisa Surihani berhijrah, ramai yang menjadikan dia inspirasi untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Penampilannya yang berubah secara total membuatkan ramai kagum.
Artikel Berkaitan
Jangan Sengaja Tinggalkan Solat Tapi Dosa Inilah Paling Banyak Berlaku Dalam Rumah Kita
Jangan Tinggal Solat
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pendosahijrahhh di laman TikToknya, Lisa Surihani telah berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah temu bual.
Jelas selebriti yang berusia 36 tahun itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab nak Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
Baca Di Sini
‘Orang Banyak Tinggal Solat, Jangan Buang Masa Solat Sunat.’ Qada Solat Fardu Lagi Penting
Baca Al-Quran Walaupun Merangkak
Dalam masa yang sama, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Antara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Hijrah Kerana Allah
Ini Rahsia Lisa Surihani
Sementelah itu, Lisa Suruhani mengakui dia bukanlah seorang yang baik tapi dirinya berusaha untuk menjadi orang yang baik.
“Saya tak baik, saya belajar nak jadi baik. Saya tak nak yang saya memakai macam ni ke, saya buat ini, buat itu sebab saya baik. Nak tunjuk baik ke, bukan. Saya hanya mengharapkan dan mendoakan sangat keredaan Dia.
‘Saya maklumkan pada diri yang macam, so easy sebenarnya untuk kita alpa, lupa, riak, ujub dan takbur. Lagi-lagi bila kita cuba nak jadi baik, pun benda itu boleh jadi dugaan untuk kita semua,” luahnya lagi.
Untuk Kekal Istiqamah
Komen Warganet
Rata-rata warganet terinpirasi dengan kata-kata dan apa yang Lisa Surihani lakukan untuk kekal istiqamah. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan Lisa Surihani dipermudahkan untuk melalui fasa ini.
Kynasalleh
Alhamdulillah semoga kita semua sentiasa kekal istiqomah berbuat kebaikan.
Salbiahqimie
Moga dipermudahkan baru berjinak ke jalan Allah dan semoga sentiasa kekal istiqamah. Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku untuk ke jalan-Mu. Amin.
Maizatur Rufaihah
Allahuakhbar.. subhanallah.. lailahaillallah.. Alhamdulillah… Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad …
Kashoorga Semoga kita semua kekal istiqamah di jalan Allah. Amin.
Sumber TikTok pendosahijrahhh, Oh My Media
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.