‘Walaupun suri rumah, sentiasa murah rezeki.’ Ini amalan mak dari muda hingga hujung usia. Dari kecil wanita ini melihat apa yang maknya lakukan dari soal ibadat dan juga kebaikan.
Hasilnya hidup ibunya sentiasa murah rezeki hingga di hari kematiannya pun ramai yan bersedekah untuknya. Memang murah betul rezeki maknya.
Ramai wanita bekerjaya hadap dilema ini kala terfikir untuk berhenti. Selama ini saban bulan ada duit gaji sendiri, tapi bila hendak berhenti kerja… risau semacam kalau tak ada duit atau suami tak mahu bagi duit.
Kita jadi lupa yang rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Artikel Berkaitan
Walaupun Suri Rumah
Ada masa kita yang bergelar surirumah, yang tak bekerja ini terfikir macam mana cara nak murah rezeki. Nak Allah beri rasa cukup, nak Allah beri rasa tenang tanpa fikirkan soal wang dan sebagainya. Menjadi surirumah sepenuh masa bermakna kita tiada pendapatan.
Tarik nafas. Tenangkan diri. Sedikit sebanyak saya cuba mengimbau rutin yang Mak pernah buat dulu semasa hidupnya. Ya, saya harus akui rezeki Mak memang murah.
Bayangkan waktu Mak sudah meninggal pun orang hulur wang di hari pengkebumian pun banyak. Bukan sedikit yang bagi. Orang ini hulur RM800, kemudian orang ini hulur RM400, orang ni hulur RM500.
Itu belum lagi ramai yang bagi RM100 dan sebagainya. Memang dari mak hidup sampailah Mak meninggal, memang Mak tak pernah menyusahkan.
Sentiasa Murah Rezeki
Apa yang Mak buat?
1) Jaga solat.
Kalau sesiapa yang mengenali Mak atau selalu mengikuti kisah saya menjaga Mak dulu mesti tahu rutin harian Mak. Setiap kali solat 5 waktu 15 hingga 30 minit sebelum masuk waktu Mak dah stand by dengan telekung.
Mak sentiasa menanti waktu solat. Bukan sudah azan baru nak ambil wuduk. Mak sangat menjaga solat di awal waktu. Bila solat kita jaga, jangan bimbang, urusan kita yang lain Allah permudahkan.
Sampai di hujung usianya waktu Mak sakit, bila tersedar dari tidur perkara utama yang dia tanya berulang kali,
“Waktu solat dah masuk ke?”
Ya, itulah Mak.
2) Mak akan tunaikan solat sunat setiap kali solat 5 waktu. Mak solat memang lama. 30 minit sudah tentu. Siap pakej solat sunat dan zikir selepas solat. Solat sunat Dhuha juga adalah aktiviti yang Mak akan buat biasanya dalam pukul 9 pagi.
Ini Amalan Mak
3) Saya masih ingat. Selepas balik dari menunaikan haji, Mak beli tasbih berbentuk besi bulat. Kalau takde buat apa, waktu bersantai di ruang tamu, tasbih itulah yang jadi peneman.
Mulut Mak terkumat kamit membaca zikir sambil jari kanan menekan button di tasbih tersebut.
4) Meraikan tetamu. Mak cukup pantang kalau tetamu datang tak dijamu apa- apa. Kalau ikutkan Mak, posmen datang, orang TNB datang check meter pun kalau boleh dia nak jamu. Hehehe.
Mak cukup susah hati kalau tiba- tiba orang datang waktu itu makanan habis atau tiada. Nak juga jamu orang, biskut 4 segi dengan air teh pun tetap mak akan hidangkan.
Pernah sekali posmen datang hantar komputer di rumah. Kebetulan waktu tu ada kuih muih. Sakan mak siap bancuh teh susu. Kenyanglah abang posmen tu. Hahaha.
Baca Di Sini
Hebatnya Rezeki Allah. “Tak Sampai 10 Minit Bagi Kucing Makan, Allah Tambah Rezeki Berganda.’
Dari Muda
5) Tidak berkira terutama dengan anak, cucu. Mak dan Abah pernah menjaga cucu-cucu. Eloklah ada peneman, penghibur Abah dan Mak di kampung. Ada 2 orang cucu yang Mak, Abah jaga sampailah dorang habis form 5.
Sekarang kedua-duanya sudah menamatkan pelajaran di universiti dan sudah pun bekerja. Mungkin berkat menjaga cucu dengan ikhlas adalah satu asbab Mak dimurahkan rezeki. Oh ya, Mak dan Abah juga ada bawa bersama adik-adik mereka tinggal bersama.
Cuma waktu itu saya tiada lagi, ada yang saya masih kecil. Yang saya tahu ada 2,3 orang adik abah yang tinggal bersama waktu mereka bersekolah menengah.
Dan ada seorang adik perempuan Mak umur sebaya Long, yang Abah dan Mak jaga sehingga darjah 6. Selepas darjah 6 mak saudara tu menyambung pelajaran di MRSM Seremban.
Hingga Hujung Usia
6) Bersedekah. Ini habit yang Mak suka buat. Pelik sebab Mak tak ada pun income, tapi dia suka memberi. Bila cucu- cucu datang ziarah, waktu dorang nak balik Mak akan sibuk masuk bilik cari dompet.
Mesti nak hulur jugak. Dan bila suka memberi Allah balas semula. Adik-adik mak, anak murid abah kalau datang ziarah mesti akan hulur pada Mak. Dorang bagi bukan sikit.
7) Berjimat cermat dan hidup secara sederhana. Kalau kita perhatikan mak-mak kita zaman dulu sangat pandai berjimat cermat. Dapat duit beli lauk dan barang dapur mereka pandai gunakan dengan sebaik mungkin.
Malah, ada lagi lebihan dan mereka simpan. Sebab itu tak perlu hairan kenapa mereka boleh menyimpan duit. Ada masa saya pun pelik bila memikirkan. Mak tak bekerja, tapi macam mana Mak boleh menyimpan dalam tabung haji sampai jumlahnya 5 angka.
Rezeki Dari Allah
Ada masa kita tercari-cari formula bagaimana hendak Allah bagi rasa cukup, nak Allah permudahkan rezeki. Sebenarnya ada tip simple yang boleh kita buat dan jadikan habit. Yang penting ikhlas, jadikan ianya sebagai habit dan terus istiqamah.
Allah sudah tetapkan rezeki untuk setiap dari kita. Apa yang penting kena bersyukur dan hargai segala nikmat yang Allah dah beri. Ianya takkan terhitung..
Al fatihah Mak
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk bergelar seoran isteri dan juga ibu.
Sumber : Puan Nurlia Mohd Nor
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.