Ikuti kelas agama, Jasmin Suraya cari pegangan hidup. ‘Sengaja berahsia, isu melibatkan agama ini terlalu sensitif.’ Tidak semua orang terbuka untuk berbicara soal agama, apatah lagi Jasmine Suraya bukanlah beragama Islam.
Namun hidayah Allah siapa yang tahu, daripada mengikuti kelas a gama, lama-kelamaan hati pelakon ini terbuka untuk mendalami agama Islam. Jasmine Suraya mengaku dia kini mengikuti kelas agama Islam bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.
Artikel Berkaitan
Ikuti Kelas Agama
Menurut Jasmine, dia bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut memandangkan isu agama adalah hal yang sensitif.
“Saya ada menghadiri kelas agama dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup.
“Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
Jasmin Suraya Cari Pegangan Hidup
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’,” katanya.
Terdahulu Jasmin meraih perhatian ramai apabila terbabit dalam majlis ilmu anjuran Neelofa, pada Ogos lalu.
Sengaja Berahsia
Menurut Jasmine, antara sebab utama dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan orang luar menghakimi atau membuka ruang untuk pihak lain mengkritik.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.
Baca Di Sini
Bandi Amuk Tak Malu Belajar Iqra Semula, Ikut Kelas al-Quran Tiga Kali Seminggu
Viral Guru Tak Halalkan Ilmu Kepada Pelajar! Mufti WP Ulas Isu Halalkan Ilmu
Isu Terlalu Sensitif
“Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah kurniakan hidayah buat Jasmin Suraya, insyallah.
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.