‘Berhenti dari sekolah biasa, nekad hantar anak mengaji al-quran bersanad.’ Bukan mudah buat keputusan libatkan masa depan anak, apatah lagi anak masih kecil dan bersekolah rendah.
Sesungguhnya ibu bapa yang kuat saja mampu membuat keputusan seberat ini dan menyerahkan segala-galanya pada Allah. Walaupun tak mudah tetapi percayalah Allah sentiasa membantu orang-orang yang meletakkan kebergantungan pada-Nya. Insyallah.
Artikel Berkaitan
Berhenti Sekolah Biasa
Ibu ini Aqma Laili mengambil keputusan nekad untuk menghantar anaknya ke tahfiz seusia sembilan tahun setelah menimbang banyak perkara. Siapa sangka Allah kurniakan kekuatan tak terhingga di saat dia membuat keputusan yang terbaik buat anak tercinta, Adam.
Ikuti perkongsian Aqma Laili ini,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bukan mudah untuk membuat satu keputusan yang besar melibatkan masa depan anak-anak.
Nekad Hantar Anak
Puas mengkaji, bertanya sana sini, kami usaha mencari serta menimbang tara antara madrasah. Lama mencari dan lama berfikir.
Entah dari mana datangnya kekuatan, dengan rela hati dan tenang kami mula berhentikan Adam dari Sekolah Rendah dan Sekolah Agama, untuk meneruskan Pengajian Al-Quran Bersanad di Madrasah yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Mudah, segala proses berhenti sekolah, persediaan serta persiapan ke Madrasah dan proses daftar kemasukan ke Madrasah juga terasa lancar tanpa sebarang masalah. MasyaAllah.
Mengaji Al-Quran Bersanad
Kita hanya merancang, tetapi Allah yang Maha Mengatur. Kalau dulu happy sangat hantar Adam sekolah tak sampai lima minit dari rumah sampai dah sekolah. Tapi sekarang bertambah happy lepas nampak Adam tenang dan happy belajar nun jauh di Melaka. Rindu, jangan tanya…
Kepada yang membaca posting ni, nawaitu sis sekadar nak berkongsi rasa bahagia dan gembira sebagai mak, ayah. Jangan sesekali kita sangsi dengan apa yang telah DIA atur dan akan berikan kepada kita. Sis (Sister) masih jahil tapi tak mahu anak-anak sis start lambat.
Tentang masa depan Adam, insyallah harapan kami biarlah apa pun cita-citanya nanti, asalkan Al-Quran penuh di dada dan menjadikan da’wah maksud hidup.
Bukan Mudah Buat Keputusan
Mohon doa daripada semua yang membaca posting ni, agar Adam Aqif di terangi hatinya, dipermudahkan urusannya serta dapat menghafal Al-Quran dengan aman, tenang dan lancar.
Posting ini sekadar mahu berkongsi perjalanan keputusan besar melibatkan kami bertiga sebagai parent kepada Adam Aqif.
Moga dengan asbab ini boleh membuka mata hati, ruang dan peluang untuk semua di luar sana agar percaya dan yakin dengan keputusan terbaik buat pendidikan serta masa depan anak.
Moga dengan tiap keputusan kita akan memberi manfaat serta kebaikan buat anak-anak.
Baca Di Sini
Jurutera Minyak Hafiz Quran, Hafal 30 Juzuk Dalam Tempoh 10 Bulan
5 Panduan Wajib Tahu Sebelum Beli Al-Quran
Libatkan Masa Depan Anak
Perkongsian Aqma Laili membuatkan ramai warganet menyokong tindakannya dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya, Adam.
Abee Maa Nezz
Tahniah kak Aqma Laili dan yakin dengan qada n qadar yang telah ditakdirkan.. Allah menjaga Adam bersama dua Malaikat yang ada bersama Adam. Semoga Adam menjadi bekalan ke syurga buat mu sekeluarga.Hanim Abdulhadihalim
Parents yg hebat. Semoga dipermudahkan buat Adam, ibu dan ayah. Betul tu bukan semua parents mampu buat keputusan macam ini, insyallah segalanya yang terbaik untuk Adam nanti.Sapinah Hanafi
Tahniah Aqma kerana berani membuat keputusan di luar kotak. Insyallah Allah akan mambantu hambanya yang ikhlas demi agamanya. Semoga Adam dapat menghabiskan pengajian dengan cemerlang dan menjadi insan yang bertaqwa serta berbakti kepada ibu bapanyaAin Vivian
Impian kak ain juga Aqma Laili,takdirnya Allah bagi izin kak ain ada anak sendiri dengan suami. Hendak hantar anak belajar agama, kejar agama Allah, nanti Dunia datang dekat kita. Doa, amal anak soleh jadi bekalan buat mak ayah.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan anakanda Adam dalam proses pengajiannya di sana. Insyallah.
Sumber : Aqma Laili
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.