‘Hebat! baru 10 tahun, dua kali harum nama negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Setelah melakarkan sejarah apabila menjadi naib juara pertandingan tilawah al-Quran di Qatar, Ahmad Azfar Azraie sekali lagi berjaya mengharumkan imej Malaysia.
Artikel Berkaitan
Baru 10 Tahun
Menerusi hantaran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui laman sosial rasminya, qari cilik itu kali ini mencipta nama pula di Algeria sebagai juara Musabaqah Mazamir Daoud di negara itu.
Kredit Foto JAKIM
Ahmad Azfar baru berusia 10 tahun dan qari cilik yang berasal dari Melaka ini telah memenangi Kategori Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun sebagai mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa tersebut.
Dua Kali Harum Nama Negara
Mazamir Daoud membawa maksud suara lantunan indah Nabi Daud, merupakan acara tahunan dan turut disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen satelit Al-Shorouk.
Bersama juri Sheikh Prof Kamal dari Algeria. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).
Acara ini ke udara sejak 2014 sebagai program mingguan sebelum dijadikan acara pertandingan bertaraf antarabangsa untuk remaja dari seluruh dunia oleh penerbitnya, Rizwan Hussein.
Ini bukanlah peng alaman pertama bagi Ahmad Azfar, tetapi merupakan penampilan kali kedua bagi Ahmad Azfar di peringkat global setelah mencipta rekod apabila memenangi tempat kedua program Tijan Nour di Qatar pada 19 Mac lalu.
Halaqah Qurra’- Qurra’ cilik dari seluruh dunia. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).
Ahmad Azfar Johan
Ketika pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa edisi ke-10 itu, beliau menyertai kategori umur bawah 13 tahun dan berita ini turut dilapor secara meluas oleh Jakim.
Awal Julai lalu, dia juga muncul juara qari program Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Kebangsaan 2022 di bawah anjuran Lembaga Penasihat Pendidikan Agama Islam Jakim.
Nama Ahmad Azfar bukan asing dalam bidang pembacaan kitab suci itu kerana bapanya sendiri, Azraie Abdul Hak merupakan naib johan Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2018 lalu.
Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak.
Musabaqah Tilawah Al-Quran
Selang beberapa minggu kemudian, guru agama itu menjuarai pula kategori tilawah al-Quran dalam acara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Antarabangsa diadakan di Kuwait.
Pengalaman pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Russia, Turkiye dan Iran sebelum itu membolehkan Azraei menewaskan ramai peserta hebat dari 75 negara yang lain.
Ibu dan ayah Ahmad Azfar. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).
Peringkat Antarabangsa
Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka itu turut pernah muncul sebagai pemenang ketiga Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2022 pada Jun lepas.
Malahan, isterinya sendiri, Sarrul Munirah Haris pula yang turut mewakili Melaka telah dinobatkan menjadi naib johan pada pertandingan berkenaan untuk kategori qariah.
Baca Di Sini
Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Ahmad Azfar serta keluarga. Ternyata kejayaan yang datang bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan usaha dan sokongan berpanjangan terutama daripada ibu dan ayahnya. Semoga Ahmad Azfar makin gemilang di masa depan. Insyallah.
Sumber : Azraei Abdul Hak, Utusan Malaysia, JAKIM
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.