‘Tanpa Guru, Hanya Belajar Seni Khat Dari YouTube.’ Anak Diuji Autisme, Tapi Allah Anugerahkan Bakat Ternilai

‘Tanpa guru, hanya belajar seni khat dari YouTube.’ Anak diuji autisme, tapi allah anugerahkan bakat ternilai. Allah Maha Adil, biarpun anak istimewa ini disahkan autisme tetapi dia celik Al-Quran dan berbakat dalam menghasilkan tulisan khat.

Sejuk perut ibu mengandung melihat perkembangan positif sang anak. Walaupun dia autism tetapi kemampuannya cukup luar biasa dan pencapaiannya cukup membanggakan di kalangan anak-anak sebayanya.

Artikel Berkaitan

Istimewanya Adik Naja, Lumpuh Otak Namun Hafal 30 Juzuk Al-Quran

 

Tanpa Guru

Malah lebih mengagumkan, anak istimewa berusia 12 tahun itu hanya mempelajari seni khat menerusi YouTube, bukan menerima pendidikan khusus daripada pakar atau mana-mana guru.

Paling teruja, dia juga kini menjual karyanya pada harga serendah RM10 hingga RM50 secara dalam talian selepas hasil tangan itu dikongsi ibunya, Shazlita Yusoff, 36, di Facebook (FB).

Menurut Shazlita, bakat anaknya disedari seawal usia enam tahun apabila Muhammad Zul Muazzam sering menghafaz surah al-Quran sambil menulis potongan ayat berkenaan pada kertas.


Hanya Belajar Seni Khat Dari Youtube

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menyediakan alat menulis khat supaya dia tidak bosan dan dapat memanfaatkan masa terluang. Tidak sangka, hasil tangannya semakin ‘menjadi’, malah mendapat pujian ramai.

“Dia bukan sahaja boleh melakar pelbagai zikir, tetapi juga ayat suci al-Quran mengikut kreativiti sendiri selain mengenakan tona warna yang menarik sebagai latar belakang lukisan.

“Semua tulisan khat yang dihasilkan daripada ilham sendiri tanpa tekapan (daripada khat sedia ada).

“Anak saya seorang yang ceria namun agak terbatas untuk berkomunikasi dua hala dan saya dapat rasakan penulisan khat ini seperti terapi buat dirinya sebagai penghidap autisme,” katanya.


Anak Diuji Autisme

Tambah Shazlita, anak sulung daripada empat adik beradik itu dihantar mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Bukit Tinggi di Klang, Selangor.

Jelas suri rumah itu, dia sangat tidak menyangka hasil tangan Muhammad Zul Muazzam menjadi tarikan orang ramai selepas dikongsi di FB.

“Selain itu, anak saya juga mampu menghafal al-Quran serta membacanya secara bertaranum dengan baik. Jika saya sendiri terlupa halaman muka surat surah tertentu, dia boleh memberitahunya dengan tepat.

“Antara surah yang sering dibaca ialah al-Waqiah, Ar-Rahman, Sajadah, al-Mulk, al-Kahfi dan Yaasin.

“Alhamdulillah, dia juga tidak pernah lupa mengerjakan solat lima waktu serta sering mengingatkan kami sekeluarga agar sembahyang di awal waktu,” katanya.


Tapi Allah Anugerahkan Bakat Ternilai

Menurutnya, tiada sebarang petua dalam mendidik anaknya itu, tetapi sudah mendedahkan mereka dengan al-Quran sejak kecil.

“Bakat Muhammad Zul Muazzam pula saya kira sebagai anugerah Allah selepas diuji menghidap autisme,” katanya yang berharap anak istimewanya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan lain dan boleh menjadikan seni khat sebagai kerjayanya kelak.

Baca Di Sini

Asbab Doa Anak, Wanita Sebak Kongsi Pengalaman. Dulu Seksi Kini Tutup Aurat Mengikut Syariat

Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Muhammad Zul Muazzam. Semoga anakanda menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia, akhirat. Insyallah.

Sumber/ Foto : Buletin TV3, myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply