‘Pernah Gulung Tikar Sebab Kegawatan Ekonomi.’ Kini Resort RM19Juta Diubahsuai Jadi Pondok Agama

‘Pernah gulung tikar sebab kegawatan ekonomi.’ Kini resort RM19juta diubahsuai jadi pondok agama dan menjadi tempat penginapan buat mereka yang benar-benar memerlukan.

Alhamdulillah disebalik ujian yang dialami oleh pemiliknya, kini resort yang dulunya terbiar, kini menjadi pusat atau pondok buat warga emas untuk mendalami ilmu agama.

Artikel Berkaitan:

Seawal Usia 6 Tahun Imam Muda Hassan Dah Ulang-Alik Naik Bas Tambang, Demi Menuntut Ilmu Agama

Pernah Gulung Tikar

“Saya bukan orang yang arif dalam agama, malah saya juga pernah lalai, tetapi saya ingin kembali ke jalan Allah dan bersyukur diberikan hidayah,” kata Ramli Nordin, 73, pemilik Cherating Bay Resort, sebuah resort bernilai hampir RM19 juta yang terbiar usang di Cherating, Pahang.

Kini, sebahagian resort yang mempunyai 164 unit apartment itu dijadikan pondok agama khusus untuk golongan warga emas dikenali sebagai Pondok Warga Emas At-Tahwil.

Jelas Ramli, resort yang diusahakannya lebih 20 tahun lalu itu akhirnya ‘gulung tikar’ pada 2018 disebabkan kegawatan ekonomi dan pertukaran polisi kerajaan.

Sebab Kegawatan Ekonomi

“Sejak itu, resort ini terbiar sehingga menjadi semak samun, jadi apabila saya datang ke sini, saya mahu buat sesuatu supaya tempat ini boleh digunakan semula.

“Saya berbincang dengan keluarga dan rakan, jadi timbul idea untuk menjadikan sebahagian resort ini sebagai pondok agama untuk warga emas,” katanya.

Tambah Ramli, dengan bantuan pelbagai pihak, pondok warga emas terbabit dapat dibangunkan, malah sudah beroperasi, selain dapat membina sebuah surau baharu bagi kegunaan penghuni pondok hasil sumbangan orang ramai.

“Impian saya supaya pondok ini dapat dibangunkan dengan sempurna, seterusnya menjadi pusat dakwah dan penyebaran maklumat mengenai Islam terutama kepada pelancong asing.

“Namun usaha itu terbantut kerana kami tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos baik pulih unit apartment yang rosak dengan anggaran kos sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 seunit,” katanya.

Kini Resort RM19Juta

Sementara itu, Penyelaras Pondok At-Tahwil, Fatimah Awang Lah, 75, menjelaskan pondok ini mula beroperasi pada Oktober 2021 dan kini mempunyai 12 penghuni termasuk ibu tunggal serta dua pasangan suami isteri.

“Selepas perbincangan dengan pemilik resort dan beberapa pihak lain, kami bersama-sama berusaha membangunkan pondok ini menerusi Pertubuhan Amal At-Tahwil.

“Pada peringkat awal, hanya tiga penghuni yang tinggal di pondok ini, namun kini kami sudah membaik pulih 10 unit apartment untuk kegunaan pondok.

“Terdapat 26 unit lagi perlu diperbaiki, namun usaha itu terbantut kerana tidak mempunyai dana mencukupi,” katanya.

Diubahsuai Jadi Pondok Agama

Malah tambah Fatimah lagi, aktiviti harian dilakukan di sini termasuk solat berjemaah setiap waktu, kuliah subuh setiap hari, kelas mengaji al-Quran, bacaan hadis dan kuliah untuk tiga kali seminggu.

Pihaknya juga mempunyai perancangan mahu menjadikan pondok ini sebagai perintis konsep pelancongan ibadah berikutan lokasinya terletak di kawasan pelancongan popular di negeri ini.

“Kami bercadang membaik pulih beberapa unit apartment untuk dijadikan ‘homestay’ khusus untuk pengunjung yang mahu datang bercuti sambil beribadah atau ahli keluarga penghuni yang datang menziarah.

“Sebagai contoh mereka datang sebuah keluarga termasuk ibu dan ayah, jadi ibu dan ayah mereka boleh mengikuti pakej kursus agama yang kami sediakan, manakala ahli keluarga lain boleh berlibur di sekitar Cherating,” katanya.

Hulurkan Bantuan

Menurutnya, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun Maybank 556093276707 atas nama Pertubuhan Amal At-Tahwil.

“Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi saya di talian 017-3713022 atau Pengerusi Pertubuhan, Ahmad Taufek Zakaria (011-58900193),” katanya.

Baca Di Sini:

Masa Diisi Dengan Baca Al-Quran, Zikir & Solat Jemaah” – Jururawat Kongsi Amalan Pelajar Tahfiz Sepanjang Di Wad COVID-19

“Mimpi Wanita Berpakaian Putih Datang”!, Nenek Jaga Dua Cucu Islam Mahu Mati Dalam Syahadah

Kashoorga : Semoga Pertubuhan Amal At-Tahwil dapat membantu lebih ramai yang berada dalam kesusahan dan dalam masa yang sama menjadi pusat pengajian agama yang terkemuka.

Sumber : Berita Harian, Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Comments

Leave a Reply