“Walaupun perlu kerja keras, saya tak putus semangat belajar membaca Al-Quran.’ Kekurangan bukanlah alasan untuk mempelajari kitab suci Al-Quran kerana banyak lagi cara lain untuk belajar jika kita tak boleh melihat.
Semangat wanita muda ini sudah tentu menjadi inspirasi kepada golongan senasibnya. Ternyata membaca Al-Quran sememangnya tak mudah apatah lagi bagi mereka yang mengalami kecacatan penglihatan seperti wanita ini.
Artikel Berkaitan:
Walaupun Perlu Kerja Keras
Namun begitu, bagi Raja Noor Hani Raja Dollah, 26, yang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan mengatakan bahawa ia bukan penghalang untuknya menguasai bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.
Jelas Raja Noor Hani, dia sekarang sedang mendalami bacaan al-Quran sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran anjuran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) pada Disember depan.
Saya Tak Putus Semangat
Katanya, dia mula diperkenalkan dengan muqaddam Braille ketika berusia sembilan tahun dan mengambil masa selama dua bulan untuk belajar kod dan mengingati titik Braille yang agak mencabar.
“Walaupun perlu bekerja keras untuk mempelajari al-Quran berbanding individu normal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mendalami kalam suci ini.
“Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak mahu membaca al-Quran kerana di sisi Allah SWT, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing,” katanya lagi.
Belajar Membaca Al-Quran
Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik ini, ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, dia diajar membaca al-Quran braille dan mula memupuk kesungguhan untuk menguasai bacaan sehingga mendalami kalam suci itu.
“Saya pernah menangis kerana pada awalnya terlalu sukar disebabkan setiap baris ayat perlu dirasai dengan jari, tetapi berkat sabar akhirnya saya mampu juga menguasainya.
“Kini seminggu sekali, saya akan menyertai kelas membaca al-Quran di Pertis Beris Kubu Besar, Bachok, Kelantan, selain turut membantu rakan-rakan yang senasib,” katanya.
Kekurangan Bukanlah Alasan
Bercerita mengenai masalah penglihatan yang dialami, Raja Noor Hani menerangkan, dia dilahirkan tanpa pancaindera berkenaan.
“Saya berazam mahu mendidik lebih ramai golongan senasib mendalami al-Quran kerana sebagai orang Islam, kitab suci ini menjadi pedoman hidup,” katanya.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan memberi kita semangat untuk terus membaca serta memahami Al-Quran.
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.