‘Mudah diungkap, sukar dilakukan.’ Iman sentiasa turun naik, Hannah Delisha akui sukar istiqamah untuk kekal hingga ke tahap ini.
Dengan usia yang masih muda, bergelar selebriti pula dalam masa yang sama, ternyata selebriti perlukan usaha yang berganda-ganda untuk istiqamah.
Artikel Berkaitan:
Mudah Diungkap, Sukar Dilakukan
Malahan, akui Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu.
Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.
Iman Sentiasa Turun Naik
“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” kata Hannah.
Hannah Delisha Akui
Disamping itu, tambahnya lagi, dia juga pernah terlintas mengenai maksud komen “semoga istiqamah” yang sering ditinggalkan di akaun selebriti wanita yang sudah berhijrah.
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” kata Hannah.
Sukar Istiqamah
Sekitar September 2020, pelakon berasal dari Singapura itu berkongsi mengenai sebab dia bertudung menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube.
Hannah menerusi perkongsian yang sama, berharap video yang dimuat naik itu akan menjadi inspirasi kepada wanita Islam lain yang berdepan keraguan sama.
Terdahulu, Hannah dan suaminya yang juga pelakon di Singapura, Imam Shah mengejutkan ramai apabila keduanya mendedahkan mengenai perkahwinan mereka di laman media sosial masing-masing pada 18 Februari 2021.
Baca Di Sini:
‘Berkat Doa dan Istiqamah Seorang Bapa.’ Dia Penyebab Oktavia Manrose Dapat Hidayah & Berhijrah
Kashoorga: Semoga Hannah Delisha kekal istiqamah.
Sumber: myMetro, Instagram Hannah Delisha
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.