‘Syurga Seorang Suami Pada Ibunya.’ Tak Salah Hormati Mak, Tapi Perasaan Isteri Tetap Kena Jaga

‘Syurga seorang suami pada ibunya.’ Tak salah hormati mak, tapi perasaan isteri tetap kena jaga. Janganlah disebabkan hormat dan sayangkan emak, segala perbuatan emaknya yang salah sekalipun ditelan bulat-bulat.

Masing-masing kena main peranan, tak kiralah suami, isteri atau emak. Jika saling bertolak ansur, insyallah segalanya lebih mudah dan tiada pihak terasa diabaikan.

Tidak dinafikan ramai di antara kita terutamanya menantu perempuan berdepan dilemma bila mana seorang suami mengutamakan ibunya dalam segala hal hingga meminggirkan tannggungjawabnya kepada isteri.

Artikel Berkaitan:

‘Suamilah Syurga, Susah Senang Biarlah Bersama.’ Pengorbanan Seorang Isteri, Kendong Suami Naik, Turun Tangga Dari Tingkat 4

Syurga Seorang Suami Pada Ibunya

Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:

“Ustazah, macam mana saya nak buat ya, suami saya selalu lebihkan mak dia sampai perasaan isteri dia terabai? Asyik-asyik nak menangkan mak dia saja dari saya.”

Banyak sangat saya dapat DM soalan macam ni. Isu suami lebihkan mak sendiri sehingga isteri di sisi terasa hati.

Tak Salah Hormati Mak

Begini, pertama sekali kita kena faham “syurga suami ada pada maknya dan syurga bagi seorang isteri ada pada suaminya”. Bila kita faham konsep macam ni, kita akan mudah nak bertolak ansur.

Tapi jangan pula terlalu ambil mudah. Setiap orang ada peranan masing-masing. Contohnya si suami, dia kena hormati mak dia dan dalam masa yang sama kena juga jaga perasaan si isteri.

Kadang mak mertua ada sikap cemburu dengan menantu sendiri disebabkan baginya menantu seolah-olah nak ambil anak dia. Padahal si menantu tak punya niat yang macam itu pun.

Tapi Perasaan Isteri

Si isteri yang bertanya saya tadi siap cerita yang mak mertua dia selalu tuduh dia macam-macam padahal dia tak buat pun macam itu. Si isteri cuba berbincang dengan si suami, alih-alih dia juga kena marah dan dipersalahkan.

Wahai lelaki, cuba bezakan mana perkara yang benar dan batil. Kalau kita tahu benda tu tak betul, kita lah betulkan semula dan memperjelaskan perkara yang benar. Jangan disebabkan kita kata “Syurga aku di bawah telapak kaki ibuku” kita betulkan perkara salah yang mak kita buat. Tak betul konsep macam tu.

Tetap Kena Jaga

Nasihat saya kepada si isteri yang bertanya tadi,
1) Sabar dan terus berbuat baik. Setiap orang ada ujian masing-masing. Awak diuji dengan karenah mak mertua. Orang lain diuji dengan masalah kewangan, anak dan lain-lain.

2) Cuba berbincang dengan suami elok-elok, bagi tahu apa yang sebetulnya perkara perlu dibaiki.

3) Buat benda yang awak boleh kontrol saja, yang di luar kawalan awak, biarkan saja.

Mana-mana yang mengalami masalah yang sebegini moga terus sabar dan berdoa supaya suatu hari nanti hati ibu mertua dilembutkan dan dapat terima awak sepenuhnya. Insyallah.

#circleustazahasmakhusin
#inspirasikeluargabahagia

Baca Di Sini:

Siapakah Suami Di Syurga Kepada Seorang Isteri Yang Pernah Berkahwin Lebih Daripada Sekali

Pesanan Buat Suami, Cukup-Cukuplah Jadikan Agama Sebagai Alasan Menutup Silap Sendiri

Kashoorga : Semoga setiap daripada kita dikurniakan ibu mertua yang memahami dan dapat menerima kita seperti anaknya. Insyallah.

Sumber/ Foto : Ustazah Asmak Husin

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Comments

Leave a Reply