‘20 tahun cari kerja lain, masih belum ada rezeki.’ Ustazah Asma’ Harun kagum perjuangan pramugari bertahan demi Islam. Biarpun demi tuntutan tugas terpaksa mendedahkan aurat, namun jauh di sudut hati mereka tak redha.
Sikap yang satu ini membuatkan Ustazah Asma’ Harun yang dalam perjalanan ke Ghana bagi meneruskan Misi Kemanusiaannya kagum. Malahan kedua pramugari ini cukup teruja apabila dapat bertemu pendakwah terkenal ini.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Artikel Berkaitan:
8 Tahun Bergambar Berdua, Wanita Redha Belum Ada Rezeki Anak Walau Semua Keadah Perubatan Dah Cuba
20 Tahun Cari
Ketika dalam perjalanan menuju ke Ghana, saya bertemu dengan dua orang pramugari Malaysia dari Emirates Airlines, pramugari tersebut menyapa dengan penuh teruja,
“Ustazah, saya tak pernah rasa teruja macam ni” sambil air mata mengalir, saya terus peluk dengan seikhlas hati.
Ceritanya,
“Kebiasaannya kami yang bertugas sebagai pramugari akan berjumpa dengan ramai orang yang terkenal seperti selebriti, perdana menteri dari seluruh dunia, dan ramai lagi mereka yang ternama”.
“Namun kami tak pernah sangat teruja seperti ini, saat bertemu dengan ustazah, tapi kami segan sebab penampilan kami, namun syukur ustazah tidak langsung memandang kami berbeza, itu membuatkan kami sangat terharu.” Saya peluk keduanya sekali lagi.
Kerja Lain
Cerita mereka, sudah 20 tahun berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain sambil menitiskan air mata, namun sehingga saat ini, belum rezeki.
Bahkan, kebanyakan pramugari di Emirates Airlines juga bukan Muslim. Pengakuan begini bukanlah kali pertama, para pramugari MAS dan Air Asia juga kerap luahkan perkara yang sama.
Allahuakbar, sambungnya lagi,
“Ustazah, kenapa kami tetap bertahan sehingga kini, antaranya.. kerana jika bukan kami yang bertugas, bagaimana dengan penumpang Muslim yang akan bertanya setiap kali penerbangan terutamanya soalan tentang waktu solat, arah kiblat dan lain-lain, kerana itulah kami tetap bertahan”.
Masih Belum Ada Rezeki
Mereka ada juga bertanya kepada saya tentang solat jamak, “Ustazah, rumah saya di Dubai, setiap hari akan sentiasa musafir ke luar negara. Jadi, bolehkan saya solat jamak setiap kali bertugas?”
Jawapan saya, “boleh, selagi mana dalam perjalanan dan tidak ada niat menetap melebihi 3 hari, namun jika sudah ada perancangan menetap melebihi 3 hari (tidak termasuk hari pergi dan pulang).
‘Maka hanya dibolehkan jamak ketika perjalanan musafir sahaja, dan apabila sampai di rumah tidak boleh melakukan solat jamak”, tersenyum dan mengangguk pramugari itu mendengar penjelasan saya, tanda dirinya faham.
Ustazah Asma’ Harun Kagum
Saya titipkan nasihat buat mereka berdua supaya terus sabar dengan ujian ini, tidak redha dengan pakaian ini – bermaksud di dalam hati tidaklah gembira, tetap usaha menutup aurat diluar kerja, meneruskan ikhtiar untuk mencari pekerjaan lain.
Insyallah semua usaha itu akan dipandang oleh Allah. Bukan itu saja, mereka juga perlu untuk berusaha menyampaikan isu ini kepada pihak atasan supaya diberikan pilihan kepada pramugari Islam untuk memakai pakaian sesuai semasa bertugas.
Dua orang pramugari ini kelihatan sangat manis, dengan tasbih sentiasa ada bersama digantung pada telefon bimbit. Jujurnya dalam hati sangat kagum dan malu dengan mereka berdua.
Perjuangan Pramugari
Mereka berjuang dan bertahan demi memastikan Islam terus tersebar dan dipelihara, sedangkan kita sering terleka dan selesa dengan apa yang ada.
Semoga Allah sentiasa bersama mereka, dipermudahkan segala urusan untuk berhadapan dengan ujian ini.
Muhasabah bersama, jangan kita mudah bersangka tidak baik kepada orang lain, elakkan menghukum sesiapa yang kita lihat di sekeliling.
Bertahan Demi Islam
Namun latihlah diri untuk mendoakan kebaikan serta berilah saranan dan nasihat yang terbaik, semoga Allah permudahkan dan buka jalan keluar buat mereka.
Marilah kita mendoakan satu hari nanti, semua syarikat penerbangan memberi pilihan kepada para pramugari muslimah untuk memakai pakaian indah menutup aurat dan patuh syariah. Allahumma aamin.
*Keduanya tidak bertudung, tetapi telah diedit sebagai tanda hormat dan sayang keduanya
Baca Di Sini:
Kalau Sampai Sekarang Masih Belum Jumpa Jodoh, Bukannya Tak Laku Tapi Belum Ada Rezeki
Kashoorga: Semoga urusan dua pramugari ini dipermudahkan. Insyallah.
Sumber: Ustazah Asma’ binti Harun
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.