‘Selagi bernafas, mak adalah tanggungjawab saya.’ Berkat ikhlas jaga ibu, lelaki ini dapat tajaan tunai umrah bersama ibunya.
Benarlah bila kita ikhlas melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan apa pun, pasti Allah akan kurniakan sesuatu di luar jangkaan sama ada cepat atau lambat.
Artikel Berkaitan:
Berkat Doa Mak Ayah & Orang Ramai, Abang Viva Ucap Syukur Dianugerah Adiwira Prihatin Musibah
Selagi Bernafas
Tiada kata dapat diungkap selain rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila Yayasan Raja Shamri (YRS) menaja lelaki ini yang merupakan seorang penoreh getah untuk menunaikan ibadat umrah.
Zulkifli Hussin, 55, menganggap peluang menginjak kaki ke Tanah Suci itu berkat usahanya yang ikhlas menjaga ibu, Minah Mamat, 88, selama ini.
Mak Adalah Tanggungjawab Saya
Menurutnya, ia harus disyukuri apatah lagi dia bukan dalam kalangan orang senang kerana hanya mengambil upah menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama ibu.
“Saya sentiasa berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke Makkah dan beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan kini semuanya bakal menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan.
Berkat Ikhlas Jaga Ibu
Sebelum itu, dua beranak itu menerima kunjungan daripada Pengasas YRS Raja Shamri Raja Husin yang pada masa sama turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka.
Bercerita mengenai dirinya, Zulkifli masih bujang dan tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana ingin fokus menjaga ibunya yang hanya mampu mengesot untuk bergerak, selain tidak dapat melihat jelas susulan implikasi sakit kencing manis.
Lelaki Ini Dapat Tajaan Tunai Umrah
“Sebelum saya keluar menoreh, sudah menjadi rutin harian untuk menguruskan ibu termasuk memastikan dia sudah mandi dan diberi makan sebelum ditinggalkan untuk bekerja mencari wang menyara kehidupan kami dua beranak.
“Selagi ibu bernafas, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga ibu sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Alhamdulillah tumpang gembira, bukan mudah dapat rezeki tunaikan umrah. Orang yang baik pasti Allah sayang!
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.