‘Makanan itu rezeki, kena hargai & tak baik hina orang.’ Cikgu sebak pelajar bawa biskut kering untuk jamuan sekolah dan kawan-kawannya tak jamah langsung.
Hujung tahun ini memang sedari dulu, guru akan aturkan majlis jamuan untuk kelas masing-masing. Bagi ibu yang memiliki kepakaran memasak, mereka memilih untuk masak.
Manakala bagi ibu-ibu yang tak punya waktu, mereka selesa untuk membeli atau menempah makanan untuk anak bawa ke jamuan sekolah.
Artikel Berkaitan:
Tetamu Datang Bawa Rezeki, Pesan Ayah Hidanglah Makanan. ‘Jangan Ditanya Dah Makan Ke Belum?’
Makanan Itu Rezeki
Kaum ibulah paling sibuk uruskan perihal jamuan sekolah kerana ingin memastikan kenyang perut anak dan kawan-kawan kelasnya nanti di hari jamuan.
Namun begitu tak semua bernasib baik dan berkemampuan seperti mana kisah yang dikongsikan Cikgu Muhammad Ali ini.
Setiap kali jamuan kelas, saya pasti akan teringat pelajar saya dahulu. Dia pelajar yang sangat baik tahap satu. Jarang buat hal dalam kelas, kerja sentiasa siap.
Tiba hari jamuan kelas, maka ramailah anak-anak murid saya letak makanan atas meja. Saya akan susun biar mudah pelajar hendak ambil. Tiba-tiba datang seorang pelajar ni,
Kena Hargai
“Mr.Ali, saya ada bawa makanan, boleh ke saya letak hujung sekali” sambil tunjuk makanan line last sekali walaupun ada saja ruang kosong depan dia.
‘Sy kata tak apa, cikgu letak dekat sini saja, banyak ruang lagi ini. Dia kata takpe, biar dia letak di hujung sekali. Saya pun mengiyakan sahaja kalau sudah itu dia nak.
Jadi bila murid start makan, saya memang sibuk layan anak-anak. Bila majlis tamat, biasanya cikgu-cikgu kelas akan pack kan lebihan makanan untuk mereka bawa balik.
Tiba-tiba dengan laju murid tadi datang ambil bekas dia, cepat-cepat dia masukkan dalam beg. Saya sudah rasa pelik tapi saya teruskan membungkus lebihan makanan. Saya tak nampak apa yang sebenarnya terjadi waktu ini.
Tak Baik Hina Orang
Bila sudah siap pack, seorang murid perempuan bangun dan bersuara kuat ” Mr.Ali , makanan Adam ( adam bukan nama sebenar) tak ada orang makan pun makanan dia.”
Lalu saya pandang wajah si Adam ini, walaupun dia masih di tahap 1, saya nampak muka dia sedih, sambil tutup mata.
Dalam hati saya sudah boleh agak dia menangis dalam diam. Lalu saya tanya pelajar saya
“Kenapa tak ada orang nak makan, makanan adam?” Patutlah dia cepat-cepat ambil makanan dia tadi. Lalu ada pelajar menjawab,
‘Sebab baju dia kotor, muka dia tak mandi, makanan dia macam orang tua bla bla”. Macam-macam saya dengar dan kelas mulai bising.
Cikgu Sebak
Saya mula tinggikan suara untuk mengawal kelas dan minta dia kemaskan kelas.
Lalu baru saya panggil anak ini, dan minta dia bawa bekal makanan dia tadi. Saya buka bekas dia, hati saya luluh tengok ada biskut-biskut kering dipatah patahkan dan tidak terusik.
Kemudian, saya hulur tisu pada Adam dan suruh dia lap air mata. Saya pujuk dia, saya makan biskut dia bawa depan dia.
‘Sedapnyaa biskut Adam bawak.” Walaupun ketika itu saya tak dapat membayangkan perasaan ibu atau ayahnya yang ada usaha hendak bawa sesuatu ke sekolah. Murid ini murid kurang berkemampuan.
Sambil teresak-esak saya cuma dengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Adam.
“Diorang tak nak makan biskut saya cikgu sebab saya miskin”. Saya pandang biskut tadi yang tidak terusik oleh sesiapa pun. Saya kata pada Adam,
“Tak, mana ada orang kata awak miskin, ini cikgu makan kan biskut ini, sedap tau. Cikgu ambil 1 lagi boleh?” Dia pun start senyum dan saya suruh dia duduk.
Biasanya murid-murid akan ingat kisah-kisah pahit sewaktu kecil.
Pelajar Bawa Biskut Kering
Saya berpesan kepada murid saya, walau siapa pun bagi kita makanan, kita kena hargai. Makanan itu rezeki Dan ingat juga, jangan hina orang. Kita semua sama sahaja.
Tengok apa yang sudah kamu buat pada Adam. Kalau kamu jadi Adam, kamu sedih tak makanan kamu bawa tiada siapa hendak makan? ” Satu kelas menjawab, ‘sedih cikgu.”
Biskut cikgu makan tadi sedap sangat. Saya pun makan lagi baki biskut tadi di hadapan anak-anak ini. Maka berebutlah mereka datang ambil biskut dalam bekas tadi. Sekejap saja habis. Ada yang makan dengan coklat, cicah dengan air.
Si Adam tadi senyum sambil kawan-kawan dia suap makanan pada dia. Maka gugurlah air mata seorang cikgu ketika ini.
Saya ajar begitu supaya bila sudah besar, mereka akan selalu hargai pemberian orang lain. Buat sesuatu jangan sesekali mengharapkan balasan. Walau sesedap mana makanan kita bawa, jangan expect orang lain akan bawa makanan sedap-sedap macam kita bawa.
Ada keluarga RM 50 boleh buat makan seminggu, ada pula yang RM 50 mampu beli sebiji kek. Kasut kehidupan kita tak akan pernah sama.
Baca Di Sini:
‘Walaupun Suri Rumah, Sentiasa Murah Rezeki.’ Ini Amalan Mak Dari Muda Hingga Hujung Usia
Apakah Hukumnya Tularkan Makanan Sedap-Sedap Di Media Sosial? Mufti Perjelas Hukum Kita Kena Tahu
Untuk Jamuan Sekolah
Saya melihat Adam ( bukan nama sebenar) sebagai teguran untuk saya juga. Untuk menjadi guru yang selalu peka dengan perasaan murid. Biasanya murid-murid akan ingat kisah-kisah pahit sewaktu kecil.
Jika dibiarkan ” luka” tersebut akan bertambah. Gurulah yang kena tolong anak-anak ini supaya lukanya tidak berpanjangan. Setiap kali jamuan kelas, saya akan selalu peka dengan semua murid yang ada.
Bila Si Adam tadi sudah masuk darjah 5, dan walaupun saya tak mengajar dia, dia pasti letakkan makanan jamuan kelas dia atas meja saya. Last saya makan mak dia buat kek batik.
Saya ada snap gambar itu tapi tak jumpa di mana saya save. Dan harini berlaku situasi lebih kurang macam ni. Ada juga rakan guru beritahu, “Cikgu, saya tak bawa makanan, boleh ke saya makan sekali?”
Kisah Pengajaran Hidup
Apa yang ada di hati anak-anak ini hanya Allah sahaja tahu. Kadang-kadang ibu bapa tak tahu apa yang terjadi di sekolah jadi guru-gurulah yang boleh menolong memberi sedikit senyuman kepada mereka.
Seorang kanak-kanak mampu memberikan kita pengajaran dalam hidup. Kadang-kadang Allah hantarkan anak-anak ini untuk sebuah ilmu dan pengajaran. Teguran juga untuk diri saya.
Kamu anak yang baik, cikgu akan ingat di setiap kisah yang cikgu lalui untuk disampaikan kepada yang lain..insyallah
Kashoorga: Semoga kisah ini memberi pengajaran bermakna buat kita semua.
Sumber : Cikgu Muhammad Ali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.