“Saya Memang Bernazar.’ Mona Allen Berhijab Selepas Dikurniakan Anak Pertama

“Saya bernazar nak pakai tudung.’ Mona Allen berhijab selepas dikurniakan anak pertama. Alhamdulillah perubahan yang cukup baik.

Manisnya Mona Allen dengan imej barunya. Rupa-rupanya dalam diam selebriti ini menyimpan hasrat untuk mengenakan tudung jika Allah makbulkan permintaannya.

Artikel Berkaitan: 

‘Saya Harap Dia Teruskan Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila.’ Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah


Saya Memang Bernazar

Terkini, Mona Allen, 37, menunaikan hajat dan tekadnya untuk bertudung selepas dikurniakan anak hasil perkahwinan dengan pelakon, Pekin Ibrahim.

Pelakon ini yang melahirkan anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu sebelum itu berhajat untuk bertudung sekiranya dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.


Mona Allen Berhijab

“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.

“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.

“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener.


Selepas Dikurniakan Anak Pertama

Terdahulu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen mengundang perhatian umum apabila banyak berkongsi imej dirinya di Instagram dengan memakai tudung.

Walaupun sudah bertudung, Mona belum bersedia untuk mengatakan dirinya sudah bertudung sepenuhnya, sebaliknya mengakui dia masih dalam fasa memperbaiki penampilannya.

Mona juga memperlahankan aktiviti kariernya buat sementara waktu bagi memberi tumpuan membesarkan Petra.


Kashoorga : Semoga terus istiqamah Mona Allen.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply