‘Kematian dalam keadaan husnul khatimah.’ Sungguh bertuah, wanita ini meninggal selepas khatam Al-Quran. Bila kita sentiasa berbuat baik, insyallah kita pergi juga dalam keadaan yang baik.
Wanita ini pergi buat selamanya setelah usai khatam Al-Quran. Tidak semua bertuah sepertinya. Sudah tentu kematiannya sangat dicemburui.
Dalam erti kata lain, kematian yang dicemburui ialah kematian dalam melakukan ibadah dan amal soleh termasuk membaca al-Quran seperti yang dialami seorang wanita di Bandung, Indonesia ini.
Artikel Berkaitan:
Kematian Dalam Keadaan
Baru-baru ini tular video wanita berkenaan yang berada sebuah masjid meninggal dunia selepas khatam al-Quran.
Menerusi video yang dikongsikan tersebut, wanita yang bertanggungjawab memimpin majlis khatam berkenaan terdahulu kelihatan sedang membaca ayat-ayat suci manakala jemaah lain sedang mengamati bacaannya.
Tidak lama kemudian, dirinya yang memakai tudung dan jubah putih kelihatan tertunduk seolah-olah sesak nafas.
Selang beberapa saat kemudian, wanita berkenaan mengangkat kepalanya sebelum jatuh terlentang. Detik-detik akhir hayatnya terakam di dalam video.
Husnul Khatimah
Wanita lain yang turut serta dalam majlis berkenaan panik dan kemudian memberikan bantuan.
Sungguh bertuah wanita ini, meninggal dunia dalam keadaan melakukan amal soleh. Dia dikenal pasti sebagai jemaah Majlis Taklim Nurannisa.
Sungguh Bertuah
Warganet rata-rata mencemburui pemergian wanita ini dan mendoakan agar beliau dikurniakan kematian yang mulia husnul khatimah.
– “Masyallah akhir hidup yang sangat indah, insyallah syurga buat almarhumah.”
– “Innalillahi wa innaillaihi rojiun, akhir hidup yang banyak diidamkan ramai, moga husnul khotimah buatnya.”
– “Ya ALLAH, kematian yg dicemburui dengan akhir lantunan ayat suci Al-Khaliq. Semoga husnul khatimah.”
Setiap Muslim pasti bercita-cita mendapat pengakhiran yang baik seperti yang diperolehi wanita ini.
Selepas Khatam Al-Quran
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, husnul khatimah mempunyai beberapa syarat penting iaitu menganut agama Islam, beriman kepada ALLAH SWT dan melafazkan syahadah sebelum meninggal dunia.
Tanda-tanda husnul khatimah
Terdapat 10 keadaan yang menjadi tanda-tanda seseorang beroleh husnul khatimah seperti berikut;
1.Mati pada hari atau malam Jumaat.
2.Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
3.Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.
4.Dia diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT dan beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.
5.Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan ALLAH SWT.
6.Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
7.Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan ALLAH SWT.
8.Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
9.Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
10.Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.
Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.
Baca Di Sini:
DOA MENDAPATKAN HUSNUL KHATIMAH
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.
Kashoorga: Semoga kita semua mendapat pengakhiran baik sebegini. Insyallah.
Sumber: Sinar Harian, Tribunnews,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.