‘Inisiatif mak, ayah daftar masa anak masih kecil.’ Muda lagi dapat panggilan haji. Itulah namanya rezeki, sedari awal mak, ayah mereka menabung dan daftarkan haji agar anak segera dapat panggilan.
Jadinya tak adalah tua-tua baru berpeluang tunaikan ibadat haji. Namun begitu, tidak semua mak ayah berkemampuan. Tapi usahalah untuk daftar anak lebih awal jika mempunyai sedikit duit lebih.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan.
Artikel Berkaitan:
9 Tip Dapat Pergi Haji Dengan Cepat, Salah Satunya Cari Jodoh Yang Giliran Hajinya Sudah Dekat
Inisiatif Mak, Ayah
Ikutkan sudah dua kali saya ke Tabung Haji (TH) minggu ini. Pertama Selasa lepas, ya ampun ramainya manusia. Masa itu pukul 3.30 petang, jadi saya rasa nanti pergi pagi lah.
Pagi tadi saya buat cubaan kedua, pukul 8.15 pagi sampai. Kahkahkah. Pun sudah ramai. Padahal buka pukul 8.45 pagi.
Ada nombor giliran sudah depan pintu, saya ambil nombor 28. Real juga, depa sampai lepas subuh ke?
Saya pergi hendak masukkan duit raya anak-anak. Dan nak buka akaun TH Fateemah. Alhamdulillah, selesai sudah buka akaun.
Daftar Masa Anak
Ramai tadi rupanya sebab depa kebanyakannya dapat panggilan haji. Jadi hendak uruskan duit semua itu.
Tapi dalam ramai-ramai itu ada sepasang suami isteri ini, berusia sudah juga. Perlahan dia datang ke polis yang jaga pintu, dia terus tanya.
“Saya nak check akaun saya ada duit ke tak. Boleh?”
Nampak gaya muka resah. Gaya memang tengah ada masalah duit. Jadi pilihan akhir pergi semak mana saja ruang boleh korek mana saja duit yang ada.
Masih Kecil
Polis tadi minta kad pengenalan dan serah ke kaunter. Sekejap lepas itu staf di kaunter serahkan satu slip.
Pakcik makcik tadi tengok slip dan terus keluar, beredar jauh. Harapnya adalah apa yang mereka cari, Amin.
Oh ya, saya sebenarnya kagum mana mana ibu bapa yang sudah siap buatkan akaun Tabung Haji untuk anak anak sejak usia kecil. Daftarkan haji juga sejak berpuluh tahun dulu.
Makanya, umur sekitar 20-an ke 30-an sudah dapat panggilan haji. Alhamdulillah.
Ramai kawan-kawan saya begitu. Bila saya tanya, memang mak ayah mereka dah uruskan semua masa mereka kecil lagi.
Muda Lagi Dapat Panggilan Haji
Jadi saya pun bercita-cita begitu. Moga urusan ini, akan mudahkan anak-anak saya tunaikan haji di umur mereka muda. Amin.
Alhamdulillah, anak-anak sudah daftar haji. Walau pun tahun dapat pergi haji tu macam tak logik, tapi kita yakin. Akan ada peluang untuk mereka nanti, insyallah.
Kalian yang belum buka akaun TH anak, bolehlah buka terus. Minimum nak buka akaun cuma RM2.00 saja. Lepas itu mulalah menyimpan sikit-sikit.
Simpanan cecah RM1,300 sudah boleh daftar haji. Kalau pun kita tak direzekikan tunaikan haji, paling tidak usaha kita untuk pastikan anak anak kita cukup simpanan untuk tunaikan haji nanti ada pahalanya juga buat kita.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Moga kita semua direzekikan tunaikan ibadah haji dalam keadaan sihat dan mendapat haji mabrur. Amin
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga Allah kabulkan doa-doa mereka yang ingin sangat menunaikan haji.
Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.