“Doakan yang terbaik untuk saya kekal berimej muslimah.’ Anzalna akui sukar istiqamah selepas berhijab. Sesiapa pun melalui detik sukar untuk kekal istiqamah.
Pasti datang ujian-ujian yang membuatkan hati berbolak-balik, nama pun manusia. Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Mohd Nasir, 35, turut melalui fasa ini.
Artikel Berkaitan:
Doakan Yang Terbaik
Memetik laporan Berita Harian, selepas membulatkan tekad tampil berhijab sejak dua tahun lalu, aktres jelita ini masih bimbang kesukaran istiqamah.
Katanya lagi, dia sering berfikir mengenai ujian bakal dihadapi kerana dikhuatiri mampu membuatkan hatinya berbolak-balik.
Oleh sebab itu, secara peribadi, Anzalna tidak mahu terlalu mengulas atau menghebahkan mengenai fasa penghijrahannya kerana keterbatasan untuk meramal apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Untuk Saya Kekal Berimej Muslimah
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.
“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya lagi.
Anzalna Akui
Malah kongsi pelakon ini lagi, dia hanya berharap orang ramai dapat mendoakannya mampu mengekalkan imej menutup aurat seperti sekarang.
“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” katanya.
Walaupun sekarang dirinya sudah tampil dengan imej baharu dan mengambil keputusan memperlahankan kerjaya seni, Anzalna tetap meluahkan rasa syukur apabila tawaran diberikan dalam bidang lakonan masih lebat.
Sukar Istiqamah
“Saya bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Saya tetap menerima banyak tawaran.
“Rezeki berlakon masih ada, cuma saya belum bersedia untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
“Buat masa ini, saya lebih utamakan keluarga. Suami tidak menghalang dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya suka lakukan termasuk lakonan,” katanya.
Selepas Berhijab
Ternyata bukan sesuatu yang mudah untuk membuat pemilihan watak bersesuaian dengan imej. Namun, Anzalna menjelaskan, dia perlu mengehadkan beberapa perkara.
“Saya perlu pilih karakter bersesuaian dengan imej. Saya sudah tidak boleh berlakon seperti dahulu, lebih lagi, sudah mempunyai dua cahaya mata.
“Saya juga tidak boleh ambil tawaran lakonan dengan episod panjang kerana sudah berkeluarga. Apabila tengok adik saya, Afiffah Nasir berlakon, memang terasa rindu sebenarnya,” katanya.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Mahu atau tidak, setiap daripada kita harus menjadi insan lebih baik…
Sumber: Berita Harian, Instagram Anzalna Nasir
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.