‘Bilal Azan Merdu Sangat, Sampai Saya Boleh Hafal Setiap Kalimah.’ Kesan Laungan Azan, Pemuda Ini Peluk Islam

‘Bilal azan merdu sangat, sampai saya boleh hafal setiap kalimah.’ Kesan laungan azan, pemuda ini peluk Islam. Bayangkan betapa besar kesan laungan azan buat non-muslim.

Begitulah kisah seorang pemuda berbangsa Cina ini, tanpa sedar dia mengucap dua kalimah kerana sejak kecil dia telah menghafal setiap kalimah azan gara-gara terpesona dengan suara bilal yang merdu.

Ikuti perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Tuan Zakaria Othman bagaimana salah seorang stafnya memeluk Islam.

Artikel Berkaitan:

Anak Kecil Sebak Laungkan Azan Mengharap Pertolongan Allah, Bapa Jatuh Ke Laut & Belum Ditemui

Bilal Azan Merdu Sangat

“Kalau nak kira saya ucap Syahadah, dari sekolah rendah lagi saya sudah mengucap. Sebab dulu-dulu saya suka azan.” Hafiz Lee mula buka cerita.

“Dulu ada satu surau dekat dengan rumah saya ni Dato, bilal dia azan merdu sangat. Saya suka dengar sampai saya boleh hafal satu-satu kalimah azan tu.” Sambung beliau lagi sambil tersenyum. Mungkin teringat kepada memori lama.

“Tapi sekarang dah tak dengar dah suara bilal tu. Dah tukar bilal yang lain.” Suara Hafiz mula perlahan.

Sampai Saya Boleh

“Oo, rupa-rupanya azan yang merdu ni ada kesan besar juga ya kepada Non Muslim?” Tanya saya.

“Sangat Dato. Saya minat sampai hafal azan tu memang sebab lantunan dan suara dia sedap.”

Saya pula yang tersenyum. Satu ilmu baru yang saya belajar dari staf saya sendiri.

Hafal Setiap Kalimah

Hafiz Lee ni adalah salah seorang dari kakitangan LZNK yang saya tempatkan di Divisyen Pengurusan Muallaf. Buat masa ini, LZNK dah ambil 3 orang Muallaf pelbagai bangsa untuk bekerja dengan kami termasuk Hafiz Lee ini.

Benarlah hidayah milik Allah, daripada laungan azan pun mampu menjentik hati orang lain untuk mendekati Islam.

Sebelum ini, kami lantik Ustaz Naim Islam sebagai muallaf pertama dalam LZNK, seorang pendakwah berbangsa India yang amat berpengalaman mengislamkan ramai orang.

Kemudian kami lantik pula Saudara Ubal bin Kulim, seorang anak muda berbangsa Orang Asli Kensiu. Yang terkini kami lantik Hafiz Lee daripada bangsa Cina.

Kesan Laungan Azan

Orang tanya saya perlu ka sampai lantik Muallaf untuk jaga Divisyen Muallaf? Yang Melayu pun ramai yang boleh berdakwah hebat-hebat.

Bagi saya amat perlu dan amat berbeza. Ramai orang boleh berdakwah, ilmu tinggi, boleh baca kitab itu dan ini, tapi tak ramai yang ada santun yang tinggi dan boleh memahami kerangka dan bahasa mad’u (orang yang didakwah) itu sehingga mereka boleh lembut hati dengan Islam.

Ada banyak hal yang hanya kalangan mereka sendiri sahaja yang faham bahasa dan titik persamaan mereka. Maka kalau betul hendak perkasakan golongan asnaf Muallaf, mereka inilah mesti kena ada.

Pemuda Ini Peluk Islam

Sebab itu, selain tiga orang yang kami ambil sebagai staf ni, kita juga sudah lantik lebih kurang 15 orang dari kalangan NGO luar sebagai wakil pendakwah LZNK.

Kita bagi elaun bulanan kepada setiap orang. Tugas mereka mudah, keluarlah berdakwah dan ajak seramai mungkin untuk masuk Islam!

Bab duit jangan risau, Allah sudah reserve pun bahagian mereka dalam sistem zakat. Lepas masuk Islam, pendidikan, rumah, makan minum, pakaian dan kebajikan mereka ada bahagiannya dalam zakat. 1/8 daripada keseluruhan zakat adalah untuk Muallaf.

Insyallah kita bersama-sama perkasakan agama dan ummah kita. Ini agama kita, jika bukan kita yang bangunkan, siapa lagi.

Terima kasih buat pembayar zakat yang terus menunaikan kewajipan zakat kepada LZNK. Sambil-sambil tu, doa kat kami sama supaya sentiasa diberi kekuatan dan ilham untuk berkhidmat.

Baca Di Sini:

Pilih Islam Sebagai Agama Baru. Gadis Mualaf Syukur Perjalanan Ucap Kalimah Syahadah Dipermudahkan!

Niat Peluk Islam Sejak 7 Tahun Lalu, Kini Rasmi Bergelar Mualaf & Sanggup Mati Demi Islam

Kashoorga: Benarlah hidayah milik Allah, daripada laungan azan pun mampu menjentik hati orang lain untuk mendekati Islam.

Sumber: Zakaria Othman

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply