‘Saya terima takdir allah penuh kesyukuran.’ Empat beranak kerdil, tidak kekok dengan jelingan orang. Maklum sajalah sekali pandang empat beranak ini kelihatan sebaya, comel pun iya!
Pasti orang yang tak kenal atau biasa akan memandang mereka dua kali kerana keunikan yang ada pada keluarga “comel’ ini. Siapa sangka keempat-empat meraka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), Kerdil.
Artikel Berkaitan:
Saya Terima Takdir Allah
“Saya anggap kehidupan ini adalah anugerah istimewa kerana dihadiahkan Allah SWT kepada saya sekeluarga berikutan saya, isteri dan dua anak semuanya kerdil,” kata Mohd Afiq Fikri Firdaus Ibrahim dari Kampung Losong Masjid, Kuala Terengganu, Terengganu.
Menurut Mohd Afiq, 38, jodoh bersama isteri, Farihah Abd Ghani, 38, yang bekerja sebagai kakitangan awam dilihat satu aturan yang sudah ditetapkan Yang Maha Esa dalam kehidupannya.
Katanya, selain isteri yang sama dikategori orang kurang upaya (OKU) kerdil, dua anaknya, Aufa Fakhriya, 8, dan Muhammad Arfan, 13, turut dikategori yang sama berikutan tahap tumbesaran tidak seperti insan normal.
Setiap makhluk Allah adalah mulia di sisi-Nya.
Penuh Kesyukuran
“Walaupun fizikal kami tidak seperti orang lain, namun alhamdulillah buat masa ini Allah SWT memberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga yang juga adalah satu anugerah dan nikmat daripadanya.
“Tidak dinafikan kehidupan sebagai OKU fizikal ini tidak terlepas daripada cemuhan, ejekan dan persepsi masyarakat, namun dalam menanganinya mental perlu kuat.
“Kehidupan ini boleh dikatakan ‘keras’ untuk melaluinya perlu kecekalan dan ketabahan ditambah pula saya sekeluarga dikategori sebagai OKU,” katanya yang juga bekas atlet bola sepak paralimpik negara.
Baca Di Sini:
Empat Beranak Kerdil
Dia yang berasal dari Bachok, Kelantan menjelaskan dirinya sudah lali dengan ejekan, namun dia tidak mengambil sikap mengabaikan kata-kata ejekan itu kerana baginya tiada yang sempurna melainkan Allah SWT.
Katanya, sejak kecil dia didedahkan dengan pergaulan bermasyarakat membuatkannya tidak kekok untuk berkawan dan bekerja dan konsep itu diterapkan kepada anak-anak.
Tambah Mohd Afiq, ibu bapa yang mempunyai anak OKU sebolehnya tidak mengongkong anak mereka sebaliknya perlu memberi ruang kepada anak atau ahli keluarga untuk bergaul bersama masyarakat.
“Secara tidak langsung, anak atau ahli keluarga akan mudah menyesuaikan diri dalam masyarakat dan tidak berasakan diri mereka tersisih.
“Justeru, bagi saya yang memiliki keluarga istimewa ini sentiasa perlu berfikiran positif terutama apabila keluar beriadah bersama keluarga kerana tidak akan terlepas daripada ‘jelingan’ umum,” katanya.
Tidak Kekok
Dalam masa yang sama, kongsi Mohd Afiq, dia menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual peralatan memancing di lokasi pertandingan memancing di sekitar negeri ini.
Katanya, isterinya pula bertugas sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan manakala anak sulungnya kini menuntut di sebuah mahad tahfiz di daerah ini dan anak bongsunya kini bersekolah di tahun dua.
Dengan Jelingan Orang
Menurutnya, kerdil hanya pada fizikal dan jangan jadikan alasan kekurangan ini untuk kita malu berhadapan dengan masyarakat sedangkan Allah SWT masih memberikan kita akal fikiran yang waras.
“Kalau kami berempat duduk, paras ketinggian kami hampir sama dan ini membuatkan kami sering dilihat orang ramai apabila kami keluar bersama.
“Saya menerima takdir Allah SWT ini dengan penuh kesyukuran kerana setiap manusia mempunyai jalan hidup dan ujian berbeza-beza justeru sekiranya melihat insan-insan OKU diharap janganlah diejek atau dihina,” katanya.
Di Sini:
‘Yakinlah Dengan Allah, Walaupun Bukan Itu Kehendak Kita.’ Baik, Buruk Takdir Pasti Ada Tujuan-Nya
Kashoorga : Setiap makhluk Allah adalah mulia di sisi-Nya.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.