Miliki Dua Anak Istimewa & Berdepan Masalah Kesihatan, Pasangan Ini Anggap Mereka Tiket Ke Syurga

Miliki dua anak istimewa dan masing-masing berdepan dengan masalah kesihatan, pasangan ini anggap mereka tiket ke syurga.

Di peringkat permulaan, memang agak payah untuk menerima takdir. Namun, lama-kelamaan pasangan pasrah dan redha dengan Kententuan Tuhan dan menganggap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Miliki Dua Anak Istimewa

“Walau macam mana pun, mereka istimewa dan ‘tiket syurga’ buat saya dan suami,” kata Nurhani Amirah Idris, 33.

Wanita itu dan suaminya, Norhazim Izzat Md Azman, 36, antara insan terpilih yang ditakdirkan memiliki dua anak istimewa dan mempunyai masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan:

‘Saya Terima Takdir Allah Penuh Kesyukuran.’ Empat Beranak Kerdil, Tidak Kekok Jelingan Orang

Berdepan Masalah Kesihatan

Anak sulung mereka, Nur Alisya Humaira, 7, yang disahkan autisme ringan, turut menghidap enam penyakit lain berkaitan jantung, manakala adiknya Muhammad Adam Huzair, 4, perlu menjalani terapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimaklum menghidap autisme.

Nur Alisya Humaira sudah menjalani pelbagai rawatan dan kini diletakkan di bawah penjagaan paliatif serta bergantung ubat jantung dan antibiotik seumur hidupnya.

Menurut Nurhani Amirah, anak sulungnya itu pernah menjalani prosedur kateterisasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 Mac 2017 yang hampir meragut nyawanya.

Pasangan Ini Anggap Mereka

“Pada 17 November tahun sama, Alisya (nama panggilan Nur Alisya Humaira) menjalani pembedahan jantung lagi dan ia berjaya tanpa sebarang komplikasi.

“Sebagai ibu, saya akui bukan mudah untuk menerima kenyataan mengenai keadaan anak. Mulanya, saya terkejut apabila dapat tahu keadaan Alisya (nama panggilan) kerana pemeriksaan sewaktu kehamilan dapati bayi normal.

“Waktu itu, saya agak patah semangat, mempersoalkan takdir dan hampir nak meroyan kerana Alisya anak sulung jadi saya teruja untuk sambut kelahirannya,” katanya lagi.

Tiket Ke Syurga

Meskipun begitu, Nurhani Amirah dan suami, Norhazim Izzat cuba berlapang dada dan tidak serik untuk menimang cahaya mata lagi, bahkan gembira apabila disahkan hamil buat kali kedua beberapa tahun selepas itu.

“Bagaimanapun, ditakdirkan anak kedua saya, Adam juga Orang Kurang Upaya (OKU) kerana menghidap autisme tahap ringan. Berat juga hati nak terima sebenarnya.

“Cuma disebabkan tahu lebih awal, maka kurang sedikit kesedihan, tidak seperti selepas dapat tahu keadaan Alisya dulu,” katanya.

Redha Dengan Ketentuan

Ibarat sudah berdamai dengan takdir, Nurhani Amirah dan suaminya kini hanya mahu membesarkan kedua anak mereka dengan penuh kasih sayang dan memastikan keperluan mereka mencukupi termasuk menerima pendidikan.

“Alisya kuat dan Adam pula berdikari. Disebabkan mereka, saya jadi kuat. Lagipun, tiada manusia terlepas daripada ujian, malah ada yang jauh lebih berat dugaannya jadi mengapa saya perlu terus bersedih,” katanya.

Nurhani Amirah dan suami juga banyak melakukan aktiviti bersama anak mereka termasuk berbasikal dan menyertai program larian yang bersesuaian pada hujung minggu.

Ketika ini katanya, dia enggan berenggang dengan anak, dan menyerahkan kepada Allah SWT untuk urusan takdir hidup mereka.

Baca Di Sini:

Sempat 4 Bulan 19 Hari Je Allah Pinjamkan, Sebelum Anak Syurga Ini Bertemu PenciptaNya Di Taman Firdausi

Kashoorga: Semoga Allah menggandakan pahala buat pasangan ini dalam membesarkan dua anak istimewa ini.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply