‘Doakan Saya & Isteri Sepanjang Beribadah Di Mekah.’ Alif Satar Selamat Berangkat Tunaikan Haji

‘Doakan saya & isteri sepanjang beribadah di mekah.’ Alif Satar selamat berangkat tunaikan haji bersama isteri tercinta, sudah tentu ini perkara ini amat mengujakan pasangan ini.

Dalam usia yang masih muda dan dapat tunai rukun Islam yang kelima dengan orang tersayang pasti menjadi impian semua orang. Tahniah Alif dan isteri kerana menjadi tetamu Alllah bagi musim haji kali ini.

Artikel Berkaitan:

Dikatakan Tak Hormat Masjid Sebab Menjulur Kaki, Alif Satar Tak Melenting Tapi Kongsi Hukum Sebenarnya

Doakan Saya & Isteri

Penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Alif Satar, 32, teruja dan bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan ibadah haji dan berangkat ke Makkah semalam.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berangkat ke Tanah Suci ditemani isteri, Sha Dila Halid untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu bersama-sama.

Terdahulu, Alif yang juga bapa tiga anak berkongsi berita gembira itu pada hantaran di Instagram. Dia turut memohon orang ramai mendoakannya dan isteri sepanjang beribadah di sana.

Sepanjang Beribadah Di Mekah

“Sila letak nama kami dalam doa anda, sebagaimana kami ada nama anda di dalam doa kami. Insyallah

“Inilah aku, Ya Allah, inilah aku. Inilah aku, Sesungguhnya engkau yang tidak berpasangan, inilah aku.

‘Sesungguhnya segala pujian dan keberkatan adalah milik Mu dan segala kekuasaan, tiada sekutu bagiMu,” tulisnya.

Alif Satar Selamat

Alif dan Sha Dila berangkat ke Makkah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut disertai rombongan haji lain.

Rentetan perkongsian dibuat itu, Alif dan isterinya menerima pelbagai ucapan dan doa ramai yang mengharapkan mereka akan memperoleh haji mabrur dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

“Alhamdulillah Haji. Moga yang baik-baik di sana. Doakan kami juga di sini,” tulis pelakon Siti Elizad.

“Selamat menunaikan haji sahabat. Moga mendapat haji yang mabrur. Amin..,” tulis pelakon Bell Ngasri.

“Semoga Shad dan Alif mendapat haji mabrur, semoga Allah SWT mudahkan urusan,” tulis pelakon Sariyanti.

Berangkat Tunaikan Haji

Pasangan Alif dan Sha Dila bernikah pada 2014. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6 dan Muhammad Ali, 4.

Tahun lalu, Alif bersyukur apabila dapat menghantar ibu bapanya mengerjakan haji dan mendedahkan juga bahawa dia pernah dua kali menerima jemputan mengerjakan ibadah haji.

Selain Alif dan isteri, selebriti tanah air yang berpeluang menunaikan haji tahun ini ialah pelakon Lisdawati yang berangkat ke Makkah pada 22 Mei lalu.

Baca Di Sini:

Alif Satar Kongsi Kisah Inspirasi Seorang Lelaki Tua Doakan Doktor Muda Dari Terkena Penyakit Cetus ‘Positive Vibes’

Kashoorga : Semoga Alif dan isteri dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply