Mualaf Sanggup Jual Rumah Untuk Tunaikan Haji. ‘Hanya Itu Pilihan Yang Saya Ada Untuk Jadi Tetamu Allah.’

Mualaf sanggup jual rumah untuk tunaikan haji. ‘Hanya itu pilihan yang saya ada untuk jadi tetamu Allah.’ Benarlah biarpun sulit pada awalnya, pasti Allah permudahkan.

Duit yang banyak tidak menjamin seseorang itu mampu menjadi tetamu Allah. Jika Allah tidak izinkan, pasti kita tidak mampu melawan kuasa Allah.

Artikel Berkaitan:

‘Ibadat Haji Beri Kesan Mendalam.’ 8 Tahun Tiada Tawaran Kerja, Shamsul Ghau Ghau Percaya Rezeki Allah

Mualaf Sanggup Jual Rumah

Sebaiknya jika ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, tanam dalam hati-hati dan jangan putus berdoa pada-Nya akan dimakbulkan doa untuk menjadi salah seorang duyufurrahman bila tiba masanya nanti.

Begitu juga dengan pengalaman Tuan Haji Mohd Sufian bin Abdullah apabila dirinya buntu mencari untuk mencukupkan duit tabungannya untuk menjadi tetamu Allah enam tahun lalu.

Bagi Tuan Haji Mohd Sufian, pengalaman pertama mengerjakan haji memang terperanjat. Maklumlah dia merupakan saudara baru, mualaf yang baru saja memeluk agama Islam.

Untuk Tunaikan Haji

‘Sudah tentu rasa bimbang bila pertama kali hendak mengerjakan haji. Sebelum itu, saya pernah pergi umrah tapi haji dan umrah ini berbeza. Bila dapat surat panggilan haji, saya dan isteri duduk berbincang.

‘Saya tunaikan haji pertama pada tahun 2016, dan masalah yang kami hadapi adalah duit kami di Tabung Haji hanya ada RM 1600 seorang iaitu jumlah minimum untuk pendaftaran haji saja. Memang jujur, duit lebih memang tidak ada ketika itu.

‘Tapi kalau nak pergi pada masa itu, saya dan isteri kena bayar dalam RM 10,000 seorang. Saya fikir macam mana hendak pergi haji kalau duit tak cukup. Tak tergamak pula hendak pinjam duit dengan orang,’ terang Haji Mohd Sufian panjang lebar.

Hanya Itu Pilihan

Selepas melalui beberapa proses perbincangan dengan isteri, dirinya mengambil keputusan untuk menjual rumah yang satu-satunya milik mereka.

Itu adalah keputusan terakhir yang mereka ambil. Memang timbul juga rasa risau terutamanya isterinya. Maklumlah satu-satunya rumah atau harta yang ada, bila dijual rumah tersebut nanti, hendak tinggal di mana pula.

‘Saya pujuk dan beritahu pada dia, jangan risau. Insyallah Allah akan bantu dan urusan haji kita akan dipermudahkan. Jadi saya jual rumah dan duit itu saya gunakan untuk tunaikan haji pada tahun 2016.

‘Syukur ketika hendak jual rumah, cepat pula ada pembeli yang berminat. Memang Allah mudahkan semuanya,’ ungkapnya syukur apabila impiannya tetamu Allah bakal menjadi kenyataan.

Yang Saya Ada

Selepas menjual rumah, Tuan Haji Sufian dan keluarga tinggal di rumah sewa. Walaupun terpaksa melepaskan rumah dan hingga terpaksa menyewa rumah lain, perkara itu langsung tidak membuatkan mualaf ini berasa menyesal memeluk Islam.

Tidak dinafikan, walaupun di peringkat awal emak dah adik beradiknya menentang dia memeluk Islam. Tapi, dia tidak pernah menyerah malah ikrarnya makin kuat untuk memeluk Islam hingga ke nafas terakhirnya.

Untuk Jadi Tetamu Allah

Kongsi Tuan Haji, biarpun keluarganya menentang dahulu, kini dua daripada adik-beradik telah memeluk. Perkara yang paling teruja bila dia sendiri dapat mengislamkan dua adiknya itu.

‘Biarpun mak saya beum terbuka hati untuk mendalami Islam, tapi saya tidak pernah tinggalkan tanggungjawab saya sebagai anak. Hingga ke saat ini, saya tidak putus berdoa agar mak dikurniakan hidayah suatu hari nanti,’ tambahnya.

Ikuti perkongsian Tuan Haji Mohd Sufian bin Abdullah dalam Tetamu Haramain Episod 3 tentang pengalaman haji pertamanya dari perspektif seorang mualaf:

Kashoorga: Hebat sungguh pengorbanan Tuan Haji Sufian dan isterinya untuk bergelar tetamu Allah.

Sumber: Tetamu Haramain Episod 3

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply