‘Meninggal dunia selepas selesai haji dan niat keluar berdakwah.’ Datuk Pahamin Rajab sempat capai hasrat tunai haji 7 kali selepas menghembuskan nafas terakhirnya. Memang menjadi impian arwah sejak muda untuk tunaikan haji sebanyak tujuh kali sepanjang hayatnya.
Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam kelmarin.
Artikel Berkaitan:
Subhanallah, Kematian Yang Dicemburui. Lelaki Ini Bertemu Ilahi Pada Saat Sujudnya Yang Terakhir!
Meninggal Dunia
Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi semalam. Menurut Azhar, allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.
Memetik laporan Berita Harian, allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.
Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.
Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.
Azhar mendirikan rumah tangga dengan anak Allahyarham Pahamin iaitu Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21.
Selepas Selesai Haji
Perkongsian Maulana Helmi secara tidak langsung mendedahkan sisi lain Pahamin.
Di sebalik nama besarnya dan ketokohannya dalam dunia korporat, dalam masa yang sama dirinya dipilih oleh Allah SWT berkecimpung dalam dunia dakwah hingga dapat keluar 4 bulan IPB (India, Pakistan & Bangladesh) dan negara jauh.
Istiqamah dengan nisab tiga hari setiap bulan bersama Dato Dr Hasan Ali dan Dato Selamat.
Malahan diirinya juga pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut Langkawi.
Panggilan Ke Mekah, Detik Tinggalkan Dunia Transgender:
Niat Keluar Berdakwah
Detik awal ketika almarhum mula-mula ikut keluar dakwah anak-anak almarhum risau bagaimana almarhum boleh iktikaf tidur dekat masjid.
Namun almarhum tetap ingin terus keluar jemaah walaupun kadangkala prasarana masjid dan surau kurang selesa. Bahkan saya pernah lihat almarhum iktikaf di koridor masjid.
Bila kami tanya pada Almarhum, Dato ok ke mujahadah macam ini? Almarhum jawab, sebagai ahli korporat kami sudah biasa menerima treatment ala VVIP, red carpet dan sebagainya.
Namun di usia senja ini, saya hendak cari jiwa kehambaan semula sebelum saya berjumpa dengan Pencipta.
Datuk Pahamin Rajab Sempat
Kali terakhir saya keluar dakwah bersama almarhum adalah dalam program 3 hari anjuran ayahanda Dato Dr Hasan Ali di Sijangkang, Klang, Selangor.
Terbaru saya lihat gambar almarhum di Facebook mengkhabarkan yang almarhum ada di tanah suci sedang menunaikan haji. Agak terkilan juga kerana tak sempat bertemu dengan almarhum buat kali terakhir.
Balik saja dari haji, almarhum terbang ke United Kingdom, meninggal dunia dalam pesawat akibat serangan jantung. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.
Capai Hasrat Tunai Haji 7 Kali
Paling mengagumkan bila al faqeer lihat dalam grup WhatsApp yang nama almarhum ada dalam senarai jemaah yang bakal keluar 40 hari pada bulan Julai nanti.
Masyallah almarhum meninggalkan dunia selepas selesai haji dan masih dalam azam dan niat untuk keluar berdakwah.
Mudah-mudahan almarhum dikurniakan Allah dengan Husnul Khotimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana.
Amin.
Baca Di Sini:
Husnul Khatimah Kematian Yang Dicemburui, Meninggal Di Hari Jumaat Ketika Iktikaf Di Masjid
Hikmah Mengingati Kematian, Sengaja Bina Rumah Mewah Berjuta Ringgit Depan Kubur
Kashoorga: Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan almarhum Datuk Pahamin Rajab di kalangan orang beriman.
Sumber: Berita Harian, Maulana Helmi
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.