Pemandu Lori Yang Mithali. ‘Ayah Singgah Lepas Rindu, Demi Anak-anak Segalanya Sanggup Diredah.’

Pemandu lori yang mithali. ‘Ayah singgah lepas rindu, demi anak-anak, segalanya diredah.’ Mahal harga kasih sayang itu. Moga anak-anak ini menjadi dewasa dengan nilai pengorbanan.

Begitulah luahan Fedtri Yahya di akaun instagramnya apabila dapat bertemu empat mata dengan pemandu treler yang videonya viral baru-baru ini di Tik Tok.

“Kerjaya sebagai pemandu treler menuntut masa saya di jalan raya setiap hari sehingga kerap terlepas peluang melihat anak membesar.

“Saya anggap ini pengorbanan dalam membesarkan anak dan berharap mereka menghargainya dengan belajar bersungguh-sungguh,” kata Muhammad Ghaffar Ilham Kamaruddin, 30.

Artikel Berkaitan:

‘Jangan Tunggu Raya, Cuti Baru Nak Balik Kampung.’ Pengorbanan Gembirakan Mak Ayah Tak Sama Dengan Seribu Kebaikan Lain

Pemandu Lori Yang Mithali

Muhammad Ghaffar Ilham mendapat perhatian di TikTok apabila berkongsi video isteri dan empat anak berusia antara 11 bulan hingga tujuh tahun menunggu untuk menemuinya di jejantas, Pasir Gudang, Johor.

Momen itu dirakam ketika dia dalam perjalanan menghantar bekalan berhenti seketika untuk bertemu keluarga selepas dua hari tidak berjumpa dan video itu meraih 1.4 juta tontonan.

@haji_ghaaporr93 rindu seorang pemandu lori pada anak isteri nya.. maafkan ayah nak, ayah jarang balik.. 🥲#fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #truckersoftiktok #abgloritiktok #abgtankersimen #ytl #rindu #sayangsampaimati ♬ bunyi asal – hilang

Berkongsi kisah itu, jelas Muhammad Ghaffar Ilham, video berkenaan dibuat untuk mengenang memori mereka ketika tinggal berasingan dua tahun lalu apabila dia hanya pulang ke rumah setiap dua minggu kerana tuntutan kerja.

Menurutnya, ketika itu keluarganya masih tinggal di Batu Pahat, manakala dia di Pasir Gudang dan memenuhi tempahan muatan di sekitar Johor Bahru sebelum membawa keluarga berpindah ke Kota Masai, sejak dua tahun lalu.

Ayah Singgah Lepas Rindu

“Sebelum ini saya pandu kargo dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali saja sebelum saya ubah angin pandu treler tangki pula dan pulang ke rumah dua minggu sekali kerana order di sekitar Johor Bahru sementara keluarga di Batu Pahat.

“Setiap kali ada order di Melaka dan Senawang, Negeri Sembilan saya beritahu isteri (Nur Syarzurah D Wanis, 26) supaya dia dan anak tunggu di mana-mana lokasi untuk kami bertemu sekejap bagi melepaskan rindu.

“Sekarang kami tinggal bersama, cuma masa bersama keluarga masih kurang kadang-kadang dua hari sekali baru balik, tetapi saya usaha untuk pulang ke rumah juga biarpun bila sampai anak sudah tidur,” katanya lagi.

Demi Anak-anak
Justeru, katanya, video TikTok itu dibuat untuk kenangan dan mengamit memori zaman ‘berpisah’ berminggu-minggu sebelum ini supaya semua anaknya boleh melihat kembali memori itu apabila mereka besar.

“Kebetulan ketika itu isteri dan anak pulang ke kampung jadi kami curi masa berjumpa sekejap sebelum merakam video yang memang kisah sebenar keluarga kami sejak dulu.

“Saya terharu dan gembira baca komen di TikTok yang mendoakan keselamatan saya dan keluarga, malah ramai berkongsi pengalaman sama dalam pelbagai bidang kerja yang menuntut mereka tidak dapat pulang ke rumah selalu,” katanya.

Segalanya Sanggup Diredah

Katanya, ketika ini dia berkerja secara konsep usahawan dan tiada gaji pokok dengan pendapatan bergantung kepada jumlah tempahan bekalan diperoleh.

“Alhamdulillah, rezeki order selalu dapat ketika ini dan sementara masih ada kudrat saya kekal bersemangat mencari nafkah untuk keluarga yang sentiasa faham kerja saya.

“Banyak saya korbankan terutama momen melihat mereka membesar. Kadang-kadang terasa terlalu cepat sangat mereka besar, bila balik anak merangkak kemudian balik lagi sudah berjalan dan bersekolah. Mungkin saya rasa seperti itu kerana jarang balik,” katanya.

Tambah Muhammad Ghaffar Ilham, dia memandu lori sejak 2013 bermula dengan lori ais sebelum beralih kepada muatan tiga tan dan treler kerana ketika itu dia baru tamat pengajian di sebuah institut latihan kemahiran dan sukar mendapat kerja dalam bidangnya kerana tiada pengalaman.

“Saya bermula dengan menjadi kelindan lori dan dengan gaji itu saya kumpul duit untuk kahwin dan ambil Lesen Kenderaan Barangan (GDL). Saya pandu kargo pada 2015 dan sehingga kini rezeki masih sebagai pemandu treler,” katanya.

Baca Di Sini:

Agungnya Kasih Seorang Ayah. ‘Saya Berkebun Sebelah Kubur Kerana Mahu Dekat Dengan Arwah Anak.’

Kashoorga: Semoga Allah mempermudahkan urusan bapa ini dalam mencari rezeki.

Sumber: Instagram Fedtri Yahya, myMetro, TikTok @hajighaapoor93

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply