‘Dia Habiskan Seumur Hidup Untuk Kami.’ Anak Buat Kejutan Jadi Juruterbang Bawa Ibu Tunaikan Haji

‘Dia habiskan seumur hidup untuk kami.’ Anak buat kejutan jadi juruterbang bawa ibu tunaikan haji. Bahagia seorang ibu apabila anak yang dibesarkan berjaya.

Begitulah kasih ibu, tidak pernah berkira dalam membesarkan anak-anak asalkan suatu hari anaknya menjadi insan yang berjaya.

Artikel Berkaitan:

Ibu Kongsi Tip Berjaya Bawa Lapan Anak Tunaikan Haji Secara Serentak

Dia Habiskan Seumur

Ternyata penat lelahnya selama ini terbalas bila sang anak membuat kejutan apabila menjadi juruterbang dan membawa dia ke Tanah Suci.

“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti,” kata seorang juruterbang, Abdallah Bahey, 31, apabila videonya tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian videonya, Abdallah dilihat membuat kejutan dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abdalla Bahey (@abdalla_bahey)

Hidup Untuk Kami

Menurut Abdallah, dia bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu.

Momen itu paling tepat dan penuh bermakna apabila hasrat untuk melakukan perkara itu kerana sebelum ini hanya bertugas sebagai pembantu juruterbang di EgyptAir.

“Seperti biasa saya memakai pakaian seragam kerja dan pada hari itu meninggalkan rumah bersama-sama ibu ke lapangan terbang untuk ke Tanah Suci.

“Saya tidak menyatakan perkara sebenar, hanya cakap akan menghantar ibu di lapangan terbang kerana perlu menyertai kru penerbangan EgyptAir ke Kuwait.

Anak Buat Kejutan Jadi Juruterbang

“Bagaimanapun, sebaik saja ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya.

Abdallah yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu juruterbang membuat kejutan kepada ibunya bahawa dia kini sudah menjadi juruterbang sepenuhnya dan menerbangkan pesawat itu menuju ke Tanah Suci.

“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” katanya.

Bawa Ibu Tunaikan Haji

Abdallah ialah tamat pengajian di Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022.

Sementara itu, ibunya, Amal Shawky, 57, kelihatan tergamam seketika sebaik melihat Abdallah menyambut di pintu masuk kapal terbang berkenaan.

Kedua-dua beranak itu kelihatan berpelukan dan ibunya menitiskan air mata yang disifatkan air mata kegembiraan. – AGENSI

Baca Di Sini:

‘Dapat Tawaran Haji, Risau Nak Tinggalkan Anak-Anak.’ Selama Ini Kita Lupa, Allah Yang ‘Menjaga’ Siang & Malam

Kashoorga: Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Sumber: Berita Harian, Instagram abdalla_bahey

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply