Raudhah itu taman syurga, semua jemaah sanggup bersesak sebab hendak jumpa rasulullah saw. Siapa yang hendak lepaskan peluang untuk memasuki Raudhah jika berpeluang ke Tanah Suci.
Namun tidak semua jemaah beroleh kesenangan dengan mudah untuk memasuki Raudhah. Ada yang perlu bersesak-sesak, tolak-menolak dan dijerkah oleh petugas adalah perkara biasa.
Artikel Berkaitan:
Bukan Sebarang Tiang, Enam Tiang Di Raudhah Ini Punya Kisah Tersendiri
Raudhah Itu Taman Syurga
Tetapi setiap jemaah sanggup berkorban apa saja terutamanya wanita untuk bertemu rasulullah saw. Ikuti perkongsian Maryam Sufian tentang mengapa wanita sanggup bersusah-payah masuk ke Raudhah?
Raudhah itu taman syurga.
“Ada kawan tanya, kenapa kena bersesak-sesak masuk raudhah? Kita tengok lelaki relaks saja beratur.”
Ini bukan jawapan selamat iya. Ini jawapan relevan dan boleh dipakai sampai sekarang.
Jemaah Sanggup Bersesak
Perangai perempuan yang kurang sabar dan bergocoh. Lelaki ada juga yang bersesak. Tapi dia punya suara tidaklah pakai tone tinggi macam perempuan. Mereka sopan sikit.
Tapi kalau hendak jawab dari hati,
Kenapa sanggup bersesak? Sebab hendak jumpa Rasulullah SAW. Dahulu, ketika pergi dengan arwah mak, time PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tak ramai pun orang. Tak sepenuh sekarang.
Sebab NAK Jumpa Rasulullah
Tapi rasa di dada itu tetap berkobar-kobar. Berlari seperti anak kecil menuju ke barisan hendak masuk raudhah ini. Dia punya lari kecil sampai terasa semput sebab jauh daripada luar masjid ke bawah kubah hijau.
Tak tahulah kenapa lari, bukan ada orang kejar pun. Bukan ada orang di belakang kami. Tapi begitulah. Seperti anak kecil berlari mendepakan tangan mengharapkan bertemu pelukan sang ibu. Begitulah.
Pastu keluar dari raudhah, masih lagi menangis. Rasa tak puas dan terasa hendak masuk lagi. Belum lagi cerita ziarah wada.
Jadi, normallah kan kalau kita menangis waktu masuk keluar raudhah ini?
Pengalaman Jemaah Umrah & Haji
Apa yang dikongsikan Puan Maryam Sufian turut dipersetujui oleh wargamaya yang pernah melalui pengalaman. Selain berkongsi pengalaman bersusah payah memasuki Raudhah, ada yang menasihati setiap jemaah Malaysia agar menjaga adab dan tingkah laku ketika di sana.
Asliza Abu Bakar
Alhamdulillah syukur. Kita hendak jumpa rasullullah memang excited sangat jadi tingkah laku itu spontan saja. Ghairah hendak menangis semua ada. Tambah lagi dengan gelagat dari negara asing, macam-macam ragam boleh kita lihat.Apa pun tujuan kita sama saja ingin ziarah rasulullah saw. Semoga kita semua dijemput lagi ke sana. Alhamdulillah syukur, wahai Allah jemputlah kami lagi. Amin.
Sarimah Muhammad
Nikmat yang paling indah ialah bila dapat masuk Raudhah. Automatik air mata mengalir.
Semoga ada rezeki nak masuk Raudhah lagi. Panggillah kami Ya Allah untuk ziarah Rasulullah dan melihat Kaabah-Mu lagi. Amin
Matlamat Nak Jumpa Nabi Muhammad
Jamilah Mad Nan
Bila pergi ke Tanah Suci, alhamdulillah dapat saja masuk Raudhah cuma berbeza cara dan keadaannya. Ada yang bersesak, berebut, berlari dan kadang-kadang relaks saja berjalan. Janji kena ikut aturan.
Alhamdulillah rezeki masuk Raudhah baru ni, di dipermudahkan dan dapat berlama sikit ketika bersujud dan tidak ada tekanan. Cuma kita perlu beringat orang lain hendak berjumpa Rasulullah saw juga.
Aja Farisha
MasyaAllah. Memasuki Raudhah tidak setenang yang saya sangkakan. Berasak-asak dan bertolak-tolak sehinggakan kepala saya hampir dipijak ketika sedang sujud.Ketika itu berdoa pun tak tenang. Namun mungkin itu rezeki dan pengorbanan saya untuk bertemu Rasullullah. Tiada laluan masuk dan keluar khas di hadapan Raudhah menjadikan keadaan begitu berasak-asak.
Uqbah Fakrur Razi Attamimi
Matlamat hendak jumpa Nabi ﷺ itu sudah betul, tapi tidak menghalalkan cara yang melanggar adab apatah lagi syariat. Orang lain hendak menjerit, itu dia. Kita biarlah dengan cara yang Allah SWT suka dan reda.
Baca Di Sini:
Jemaah Muslimah Yang Nak Mudah Masuk Ke Raudhah Boleh Ikut Cara Aida Juara Gadis Melayu
Kashoorga : Biarpun semangat berkobar-kobar untuk berjumpa rasulullah, jaga tidak laku dana dab agar tidak keterlaluan kerana orang lain juga ingin menziarahi rasulullah.
Sumber: Maryam Sufian via Group Umrah
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.