‘Syukur Sudah Ada Minat Pada Islam.’ Ibu Maryam Minta Ajar Solat, Bawa Balik Telekung Ke Korea

‘Syukur sudah ada minat pada Islam.’ Ibu Maryam minta ajar solat, bawa balik telekung ke Korea. Barangkali melihat perubahan positif pada diri Maryam membuatkan ibunya terbuka hati untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Seperti yang semua tahu, pempengaruh media sosial kelahiran Korea Selatan, Maryam Nurr telah cuba mendalami serta mempelajari agama Islam dan budaya masyarakat Malaysia sejak memeluk Islam pada 2019, iaitu sebelum berhijrah ke Malaysia bersama suaminya, Ryzal Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

‘Tak Hormat, Tergamak Suruh ‘Saudara Baru’ Buka Tudung.’ Maryam Reject Photoshoot, Duit Bukan Segalanya

Syukur Sudah Ada

Sebelum itu, Maryam mula menempa nama dalam industri hiburan bersama suaminya menerusi saluran YouTube, Durian Kimchi dilihat terus mendalami agama Islam termasuk mengamalkan budaya masyarakat di negara ini.

Berkat kesungguhannya itu, Maryam atau nama sebenar, You Narae, 31, mengakui, ibunya sudah mula menunjukkan minat lebih mendalami agama Islam termasuk memuji usahanya menutup aurat.

Memetik laporan Berita Harian, ibu Maryam terbuka mendalami mengenai agama Islam selepas berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.


Minat Pada Islam

“Saya bersyukur dan terharu kerana ibu sudah ada minat terhadap agama Islam walaupun saya tak pernah paksa. Ibu dengan rela hati belajar, namun masih belum mengucap dua kalimah syahadah.

“Mungkin ibu terdetik mempelajari agama Islam selepas melihat saya mula berhijab. Dia juga cuba belajar untuk memakainya.
“Ibu sudah mula memakai pakaian yang lebih menutup aurat termasuk meninggalkan makanan haram.

“Dia pernah minta saya ajar cara solat termasuk membawanya ke masjid. Saya memang tak sangka ibu minta bawa balik telekung ke Korea Selatan,” kata wanita berasal dari Ansan, Korea Selatan itu.

Baca Di Sini:

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam

Ibu Maryam Minta Ajar Solat

Terdahulu, Maryam secara rasmi memeluk Islam pada 1 Ramadan, empat tahun lalu apabila mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ryzal sebelum dirujuk kepada imam Masjid Itaewon, Korea Selatan.

Mengimbas kembali detik pengenalan pasangan bahagia ini, selepas melihat wujud keserasian bersama Ryzal yang sedang menuntut di Universiti Seoul, Korea Selatan, masing-masing mengambil keputusan mengikat tali pertunangan dan berkahwin pada tahun sama.

Kemudiannya, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia dua tahun.

Pada masa sama, wanita yang pernah bekerja sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di bandar Ansan itu terharu apabila perkongsian mengenai ibunya mengundang reaksi positif rata-rata pengikutnya dalam media sosial.


Balik Telekung Ke Korea

“Apabila ramai berikan komen positif, saya lihat Allah begitu sayang pada kita. Allah mungkin mahu tunjuk sebenarnya ramai yang menyayangi antara satu sama lain walaupun berbeza agama.

“Lebih bagus apabila mereka sentiasa mendoakan perkara baik kepada ibu dan tidak memaksa terus memeluk Islam.

“Sebelum berhijab walaupun sudah memeluk Islam, ramai kecam. Saya fikir, perbuatan ini tak bagus untuk memberikan contoh kepada orang bukan Islam.

“Mereka yang tidak pernah ambil tahu mengenai Islam akan menilai agama ini teruk sebab penganutnya menimbulkan pelbagai persepsi negatif, jadi itu yang saya tak mahu,” katanya lagi.


Kashoorga : Semoga suatu hari nanti ibu Maryam terbuka hati untuk mengucapkan syahadah.

Sumber: Berita Harian, Instagram Maryam

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply