‘Dia Golongan Yang Dipelihara Allah SWT.’ Jenazah Ustaz Idris Sempurna Dari Hujung Rambut Hingga Ke Hujung Kaki

‘Dia golongan yang dipelihara Allah SWT.’ Jenazah Ustaz Idris sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Begitulah luahan abang ipar kepada salah seorang mangsa nahas.

Allahuakbar besarnya kuasa Allah. Tiada apa yang ahli keluarga harapkan apabila membuat sesi pengecaman mayat selain menginginkan jenazah mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina sempurna.

“Dia golongan yang dipelihara Allah SWT,” kata abang ipar Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Meninggal Dunia Akibat Kebakaran, Jenazah Harus Dimandikan Atau Memadai Tayamum

Dia Golongan Yang Dipelihara Allah SWT

Jelas Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 51, mereka sekeluarga bersyukur apabila melihat jenazah mangsa dalam keadaan sempurna ketika proses pengecaman.

“Kita dapat dia sempurna, dari hujung rambut sampai ke kaki, lengkap (badannya). Rambut dia juga tidak terbakar, saya sendiri pegang. Dia golongan yang dipelihara oleh Allah SWT,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang, Selangor.

Ketika ditanya bagaimana keadaan isteri mangsa, Adlina Aishah, dia terangkan adik perempuannya kelihatan baik-baik saja walaupun baru sahaja melahirkan anak kurang dua bulan yang lalu.

Jenazah Ustaz Idris Sempurna

Bagaimanapun katanya, anak-anak Allahyarham yang berusia 14 dan 10 tahun dilihat masih sukar menerima kehilangan ayah mereka.

Tambah Ahmad Fariz, Idris adalah seorang yang sangat mudah (berbincang), baik dan hanya bercakap perkara yang penting.

Adik iparnya adalah penguat kuasa di pejabat agama Islam Raub, Pahang dan bercuti tanpa gaji selama setahun kerana mengikuti EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

“Bagi pihak adik ipar, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan semua pihak yang menguruskan jenazah Allahyarham.

Dari Hujung Rambut Hingga Ke Hujung Kaki

“Jenazah akan kami bawa Masjid Tengku Sulaiman di Ketari, Bentong untuk disolatkan kali kedua kerana ramai waris menunggu di situ.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, Benus, Bentong selepas itu,” katanya.

Dalam nahas kira-kira jam 2.50 petang itu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 terhempas di Elmina Shah Alam dua minit sebelum mendarat.

Selain Idris dan Johari, turut terkorban adalah Shahrul Kamal Roslan; Heikal Aras Abdul Azim; Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki; Sharipuddin Shaari dan Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.

Baca Di Sini:

Tragedi Kepala Air, Jenazah Tujuh Beranak Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Tragedi Bot Terbalik, Sungguh Menyayat Hati 49 Pelajar Madrasah Ditemui Lemas

Kashoorga: Semoga seluruh ahli keluarga Ustaz Idris tabah berdepan ujian berat.

Sumber: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply