‘Selalu Dengarkan Bacaan Pada Guru & Mengaji 15 Juzuk Sehari.’ Ini Rahsia Wakil Hafazan Malaysia Kekalkan Hafalan

‘Selalu dengarkan bacaan pada guru & mengaji 15 juzuk sehari.’ Ini rahsia wakil hafazan Malaysia kekalkan hafalan dan daya ingatannya.

Ternyata kerja kerasnya berbaloi apabila dapat mewakili negara dalam acara hafazan. Begitulah realitinya apabila kejayaan tak datang bergolek memerlukan usaha yang tak berbelah-bahagi dan juga pengorbanan.

Artikel Berkaitan:

Alunan Bacaan Al-Quran Sangat Menusuk Hati, Qari Cacat Penglihatan Muhammad Qayyim Johan Tilawah

Selalu Dengarkan Bacaan Pada Guru

Remaja 18 tahun yang mewakili Malaysia dalam acara hafazan Al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke 63 berkongsi cara mengekalkan hafazannya dengan mengulang hafazan antara 12 hingga 15 juzuk setiap hari.

Jelas Dian Karisma Mohd Japar yang berasal dari Sabah, dalam masa sama, dia juga perlu sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada guru supaya hafazannya sentiasa lancar dan kekal.

“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari.”

“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur.” katanya.


Mengaji 15 Juzuk Sehari

Berkongsi kisahnya, Dian mula menghafaz Al Quran sejak berumur sembilan tahun di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan 30 juzuk.

Tambahnya, Dian bersyukur direzekikan untuk menghafaz Al-Quran kerana yakin dengan berkat kalamullah itu, urusan seharian dan rezekinya lebih mudah dan lancar.

Dalam pada itu, peserta hafazan dari Australia, Muhamed Ali Abdalla Abdelkader turut berkongsi keterujaannya apabila dapat menjadi salah seorang peserta .


Ini Rahsia Wakil Hafazan

“Sebaik mendapat tahu mengenai pertandingan anjuran Malaysia ini, saya dan pihak akademi terus menghantar permohonan kepada penganjur untuk mewakili Australia.”

“Pihak penganjur menerima penyertaan kami dan selepas melepasi peringkat saringan, maka di sinilah saya hadir ke Malaysia buat kali pertama untuk bertanding peringkat akhir acara hafazan, sebelum ini saya sudah ke Malaysia empat kali sebagai pelancong.” katanya yang lebih selesa ditemu bual dalam bahasa Arab.

Beliau yang sangat menekankan ilmu agama dan Al Quran kepada generasi muda turut berkongsi kaedah mengajar Al Quran yang diterapkan kepada kanak-kanak di Al Furqan Islamic Centre, yang turut terbuka untuk semua lapisan umur dan masyarakat untuk mempelajari ilmu Islam.

Malaysia Kekalkan Hafalan

Katanya, mereka akan mengajar kanak-kanak dengan kemahiran menulis dan membaca dalam Bahasa Arab terlebih dahulu sebelum memulakan hafazan Al Quran.

“Di Australia, Bahasa Arab bukan bahasa komunikasi mereka. Bahasa komunikasi harian mereka adalah Bahasa Inggeris.

“Jadi, ia penting untuk mengajar kanak-kanak Bahasa Arab khususnya kemahiran menulis dan membaca, bukan bertutur. Kita mula mengajar mereka huruf-huruf hijaiyah, seterusnya kaedah-kaedah baris seperti baris atas, baris bawah dan baris depan.

“Kemudian, kanak-kanak ni akan boleh membaca Al Quran dengan lancar dan akan mula menghafaznya seterusnya mendalami ilmu hadis dan ilmu agama yang lain.” katanya.

Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran

Menurut rekod, Malaysia terkenal dengan kecemerlangan dalam menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak penganjuran pertamanya pada 8 Mac 1960.

Malahan, Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al- Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.

Penganjuran Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia adalah manifestasi bagi menzahirkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan seharian.

Baca Di Sini:

‘Sudahlah Menghafal Al-Quran, Tulisan Pun Cantik.’ Bakal Doktor Al-Hafizah Terima 2 Anugerah JAKIM

Kashoorga: Semoga Dian Karisma terus melakar kejayaan.

Sumber: AlHijrah Online

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply