‘Suka Bersedekah, Anak Yang Taat & Penyayang.’ Kematian Pelumba Drag Kehilangan Besar Buat Keluarga

‘Suka bersedekah, anak yang taat dan penyayang.’ Kematian pelumba drag kehilangan besar buat keluarga. Malah turut dirasai kenalan terdekat.

Anak yang baik dan taat tentu saja membuatkan kedua ibu, bapa terasa berat untuk menerima takdir ini. Namun sebagai hamba-Nya, seharusnya kita redha dengan setiap Ketentuan Allah SWT.

Artikel Berkaitan: 

Hajat Pelumba Cub Prix Mohd Hafiz Bawa Ibu Bapa Tunai Umrah Tidak Kesampaian

Suka Bersedekah

Pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi, 22, disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.

Menurut kakak allahyarham, Noor Amalia, 27, sikap berkeras Muhammad Hattem yang bersungguh-sungguh mahu memberikan memberi wang tunai RM1,500 kepadanya untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya dan ibu, Munirah Ahmad, 58 pada Julai lalu antara kenangan terakhir bersama adik bongsunya itu.

Di samping itu, jelas Noor Amalia, pada 26 Ogos lalu, Allahyarham mahu membelikan hadiah sempena hari lahir ibu mereka pada 20 Julai dan hari lahirnya pada 13 Julai lalu.


Anak Yang Taat & Penyayang

“Tarikh lahir kami bertiga kebetulan jatuh pada bulan Julai dan tarikh lahir Hattem pada 22 Julai. Dia kata ambil lah (duit) nanti aku tidak sempat bagi.

“Saya tidak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Malah tambahnya lagi, pada awalnya Allahyarham mahu membuat kejutan untuk membeli cincin emas kepada ibu dan dirinya namun gagal selepas pekerja kedai emas menghubunginya bagi mendapatkan saiz cincin.

Kematian Pelumba Drag

“Dia kalau keluar jumpa kawan-kawan bawa mama. Sesetengah orang malu nak lepak dengan kawan bawa ibu tapi dia tidak. Sebab itu semua kawan-kawan arwah kenal mama,” ujarnya.

Terdahulu, jenazah pelumba drag itu yang meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Star, Kedah.

Pemergian pelumba yang mewakili pasukan ESR Motor itu bukan sahaja dirasai ahli keluarga malah rakan dan kenalan apabila ribuan hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Difahamkan, kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi termasuk mengiringi pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang di sini sejauh 250 meter.

Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang pada jam 12 tengah hari pada Selasa.


Kehilangan Besar Buat Keluarga

Menurut Noor Amalia, dia paling rapat dengan Allahyarham dan kehilangannya secara tiba-tiba sangat memberikan kesan, namun dia reda dengan apa yang berlaku.

“Arwah juga seorang yang tidak pernah melawan cakap ibu ayah mahupun abang dan kakak-kakaknya. Bila kita marah dia memang akan diam. Memang kami rasa bagaikan mimpi dan terasa dengan kehilangannya.

“Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah kerana sebelum ini sentiasa bersamanya. Dia sering menangis apabila melihat gambar Hateem yang dipanggil ‘Achu’,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

‘Hikmah Allah Hadiahkan.’ Walaupun Tak Sempurna Macam Orang Lain, Rita Rudaini Syukur Dikurniakan Anak Yang Taat

Kashoorga: Semoga keluarga ini kuat berdepan dengan kehilangan ini.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Comments

Leave a Reply