Buat kali pertama, pihak portal majalah RASA dengan kerjasama HAVOC bakal mengadakan RASA Layan Curry Fiesta sempena sambutan Hari Malaysia. Kalau dah namanya fiesta makanan, tentunya terdapat pelbagai jenis makanan yang ditawarkan kepada para pengunjung.
Siapa yang tak teruja apabila dapat menikmati lebih 300 pilihan makanan yang enak. Terdapat beberapa pengusaha nasi Kandar popular serta lebih 150 usahawan makanan viral masa kini boleh didapati di sini.
Dalam kata lain, RASA Layan Curry Fiesta merupakan pesta makanan yang memenuhi cita rasa dan selera semua tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Kenapa kari? Seperti yang kita sedia maklum,hidangan kari merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kari mampu menyatukan semua. Sejak kecil lagi, kita sudah didedahkan dengan hidangan kari. Ia sudah sebati dengan kehidupan kita.
Antara vendor yang bakal memeriahkan RASA Layan Curry Fiesta adalah Nasi Kandar Express, Hameediyah, Maa’tham Nasi Kandar, Nasi Kenduri, Nasi Ganja Cik Senah Kitchen, Arieni Roti Jala dan banyak lagi. Fiesta ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh terkenal tanah air seperti Ojen Aiwahh, Wafi, Akiddos, Lia Maisara, Nasi Maqloba, dan Asfan Shah yang akan mengadakan persembahan, berniaga di booth, serta sesi ramah mesra dengan pengunjung.
Jom datang beramai-ramai ke RASA Layan Curry Fiesta yang akan berlangsung pada 5 – 8 September 2024 di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam. Jumpa anda di sana!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.