Royal Enfield Himalayan 2024 Inovasi Baharu Adventure Touring Kelas Pertengahan

Selepas sekian lama menjadi pilihan ramai dalam kategori dual-purpose, Royal Enfield akhirnya membawa inovasi yang besar pada jentera adventure touring mereka, Himalayan bagi edisi tahun 2024.

Hadir dengan penambahbaikan signifikan, Royal Enfield Himalayan 2024 dilengkapi beberapa ciri lebih moden serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam kalangan pengembara motosikal.

Berbeza dengan model terdahulu menggunakan enjin sejukan udara 411 cc, Himalayan 2024 didatangi dengan enjin Sherpa 450 berkapasiti 452 cc sejukan cecair.

Kredit Foto: Cycle World

Enjin yang baru ini menawarkan hamburan kuasa sebanyak 40 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 40 Nm @ 5,500 rpm. Dengan nisbah mampatan 11.5:1, enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, memberikan peningkatan prestasi yang signifikan.

Peningkatan prestasi bukan hanya terdapat pada enjin tetapi juga pada sistem gantungan. Himalayan 2024 dilengkapi dengan fork hadapan Showa SFF 43 mm jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal Showa di bahagian belakang. Jarak pergerakan suspensinya kini meningkat hingga 200 mm, membolehkan pengembara menakluki pelbagai jenis permukaan dengan lebih yakin.

Selain penambahbaikan prestasi, ciri-ciri moden turut diintegrasikan pada Himalayan 2024. Lampu LED yang canggih dan pendikit elektronik melalui teknologi ride-by-wire menjadi sebahagian daripada pembaharuan model ini. Sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran yang boleh dimatikan untuk penggunaan off-road turut disertakan, menambah kecekapan brek dan kebolehpercayaan dalam pelbagai keadaan.

Kredit Foto: Cycle World

Untuk menarik pelbagai lapisan masyarakat, Royal Enfield menawarkan pelana jentera dengan ketinggian boleh laras, memberi keselesaan kepada penunggang dari pelbagai ketinggian.

Selain itu, skrin bulat TFT yang memaparkan maklumat penting jentera juga telah ditingkatkan dengan sokongan kepada sambungan peranti pintar dan navigasi pemetaan Google, memudahkan penunggang menjelajah ke destinasi dengan lebih yakin.

Walaupun harganya masih belum diumumkan, versi Himalayan sebelum ini ditawarkan pada harga bermula dari RM29,000 di pasaran Malaysia. Dengan pelbagai penambahbaikan pada Himalayan 2024, dijangka jentera ini akan menjadi pilihan yang diminati dalam kalangan pengembara baru dan lama.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply