Motosikal Elektrik Terpantas Keluaran India, Ultraviolette F99

Jenama Ultraviolette telah memperkenalkan motosikal elektrik terbarunya, F99, dalam acara EICMA 2023. Jenama yang berpangkalan di Bengaluru ini mengumumkan F99 sebagai langkah pertama mereka ke arah platform perlumbaan.

Kredit Foto : Website ultraviolette

Ultraviolette F99 merupakan motosikal elektrik dikuasakan oleh motor elektrik W, menghasilkan kuasa puncak sebanyak 122.36 PS. Ia hadir dengan berat 178 Kg dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Manakala pilihan warna untuk Ultraviolette F99 adalah merah dan kelabu.

F99 merupakan motosikal yang direka untuk perlumbaan yang dihasilkan di India. Motosikal  yang dilengkapi dengan sistem penyejuk cecair ini mampu mengeluarkan kuasa puncak sehingga 90kW dengan kelajuan puncak yang menakjubkan sebanyak 265 km/jam.

Kredit Foto : Website ultraviolette

Dengan daya pecutan daripada 0-100 km/jam hanya mengambil masa 3 saat. Dengan berat hanya 178kg, F99 hadir dengan carbon fibre bodyworks dan aerodinamik yang sangat futuristik. Setiap sayap di sisi fairing akan berfungsi apabila motosikal bergerak dan condong ke arah satu sudut, memberikan kestabilan yang lebih baik.

Kredit Foto : Website ultraviolette

Pengeluar menyatakan bahawa versi pengeluaran F99 akan dilancarkan secara global pada tahun 2025. Mungkin model ini bakal menjadi persaingan sengit dengan motosikal elektrik keluaran Ducati, namun dengan kehadiran motosikal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa India juga mampu untuk bersaing dengan jenama pengeluar motosikal terbesar di dunia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply