Petua Buat Puding Karamel Sedap, Langsung Tak Bau Telur

Penggemar Puding Karamel kena cuba resipi perkongsian saudari Cik Markonah. Resipi ini 100% menggunakan telur tetapi rasanya sedap, tak muak dan tidak berbau telur. Sesuai bagi anda yang nak buat Puding Karamel tapi versi tak hanyir. Buatlah ikut cara ni. Confirm sedap.
Bagi yang nak meniaga, sesuai juga guna resipi ni. Satu adunan ni akan dapat lebih kurang 42 bekas pudding bersaiz 4 oz. Wow.. Jomlah cuba!

 

RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP, MUDAH & TAK BAU TELUR


BAHAN ADUNAN PUDING:
18 biji telur gred B@C
1 tin susu pekat manis – beli online disini
3 tin susu cair – beli online disini
2 sudu teh Sunquick – beli online disini
3 penutup esen vanila – beli online disini
700ml air (letak air dalam tin susu. Kocak baki susu baru sukat air tu jadi 700ml) – boleh sahaja guna air sahaja
BAHAN KARAMEL:
1kg gula
600ml air panas

CARA MEMASAK:
1.Karamel: Cairkan gula. Bila sudah golden brown, campur air panas. Larutkan.

2.Ambil bekas untuk letak puding. Letak 1-2 sudu makan untuk setiap bekas.
3.Elakkan letak lebih kerana manis. Lebihan karamel ini boleh disimpan dalam peti sejuk.
4. Adunan puding: Satukan semua bahan puding dalam 1 bekas besar.
5. Ambil telur dan kisar sekejap supaya sebati. Kemudian tapis ke dalam adunan.
6. Bila sudah dikacau sebati semua bahan, tapis adunan sekali lgi guna penapis paling halus.
7. Masukkan adunan ke dalam jug supaya mudah tuang ke dalam bekas.
8. Tuang adunan puding ke dalam bekas berisi gula karamel tadi.


9. Tutup bekas dengan penutup. Letak sahaja jangan tutup rapat.


10. Kukus guna api sederhana kecil dalam masa 15 minit. Jika belum masak, kukus lagi selama 3-5 minit. Kalau guna kukus elektrik, masa memasaknya selama 18-20 minit.

Kredit resipi & foto: Cik Markonah

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply