Kecantikan itu subjektif sifatnya, setiap wanita mempunyai kecantikan yang tersendiri dan sempurna sifatnya di sisi Allah swt. Tetapi, ada kalanya sebagai wanita kita juga hanyut dilambung badai emosi.
Ada ketikanya kita merasa berada di titik paling lemah, merasakan diri kita tidak cantik dan tidak berguna berbanding orang lain. Sehinggakan rasa ‘insecure’ nak keluar rumah kerana tidak yakin dengan diri sendiri.
Jadi, Hijabista bertanyakan pandangan Daphne Iking, apa yang dilakukanya ketika dia merasa tidak yakin dengan dirinya sendiri? Ini perkongsian beliau tentang kecantikan dan cara dia memulihkan keyakinan dirinya kembali!
Turun Naik Emosi, Biasa Bagi Wanita
View this post on Instagram
Menurut Daphne, sebagai wanita mempunyai emosi yang turun naik adalah perkara biasa yang dihadapi oleh setiap kaum hawa. Terutama sekali wanita yang sudah bekerjaya dan perlu menguruskan sebuah institusi keluarga.
“Kadang-kadang ada hari yang kita rasa macam tak best, rasa kulit kita tak flawless. We just had a bad night. Adakalanya kita rasa kalau boleh tak mahu keluar rumah, sebab kita rasa tak cantik, tak confident, dan Daphne rasa semua orang pastinya ada lalui hari-hari macam tu kan.
Artikel berkaitan: ‘Love Your New Look’- Semakin Ayu, Netizen Doakan Daphne Iking Terus Istiqomah Berhijab
“Tapi bagi Daphne, jika ia melibatkan kerjaya, seorang wanita itu harus bersikap professional, begitu juga dengan saya. I just has to paint my face, you know shrugged it off, sale it a pair and just go on about the day,” katanya.
Daphne akui, adakalanya dia juga mengalami fasa-fasa badmood kerana bergaduh dengan suami, atau ketika anak-anaknya tidak sihat. Tapi, sebagai wanita dirinya harus kuat dan perkara pertama yang dilakukan disaat merasa lelah, adalah dengan melakukan senaman.
“Beauty Comes From Within” – Daphne Iking
View this post on Instagram
Menurut Daphne lagi, dengan melakukan senaman ia akan meransang hormon dan emosi seseorang menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Kerana kalau kita bersenam, kita akan rasa macam endeavour, ia sesuatu yang berkait rapat dengan hormon dan akan membantu diri kita merasa lebih baik terhadap diri sendiri.
“Tak perlu pun bersenam atau jogging sampai berjam-jam, untuk menaikkan kecantikan dalaman, cukup sekadar melakukan senaman ringan (light stretching) selama 10 hingga 20 minit dan ia akan membuat anda rasa lebih bagus. Kerana kecantikan hanya akan bersinar apabila ia datang dari dalam,” jelas Daphne.
Mengulas lanjut, Daphne berkata tiada guna jika seorang wanita itu luaranya cantik bersolek, lengkap bulu mata dan memakai kanta lekap pelbagai warna tetapi dalamanya tidak cantik, sentiasa beremosi sedih hingga tiada keyakinan diri.
Jadi, senaman ringan ini ibarat quick booster bagi Daphne, sekaligus membantu wanita diluar sana untuk rasa lebih cantik dan baik tentang diri sendiri!
“Sekurang-kurangnya dalam diri anda akan berasa lebih baik. Ya, saya baru sahaja melakukan 10 minit senaman pantas, regangan dan sebagainya dan itu membuatkan saya rasa gembira, it’s a quick booster,” tegas Daphne.
Artikel berkaitan: “Rasa Segan Sangat, Rasa Macam B*gel Tanggal Tudung,” – Hijrah Hijab Daphne Iking Buat Ramai Terharu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.