Di media sosial TikTok, pelbagai trend kesihatan dan kecantikan muncul setiap hari, dan salah satu yang semakin mendapat perhatian adalah “kumur minyak kelapa.”
Amalan ini sebenarnya berasal dari tradisi perubatan Ayurveda yang diamalkan di India sejak ribuan tahun lalu, dan dikenali sebagai “oil pulling”. Dipetik daripada Hello Doktor, kaedah oil-pulling atau menarik minyak kelapa adalah tradisi India yang dikatakan mampu memutihkan gigi, menyegarkan nafas dan meningkatkan kesihatan mulut
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Blush Blindness’, Trend Pipi Merah Yang Tengah Popular Di TikTok
Apa Itu Oil Pulling?
Oil pulling adalah amalan berkumur dengan minyak kelapa atau minyak sayuran lain selama 10 hingga 20 minit setiap hari. Menurut tradisi Ayurveda, amalan ini membantu membersihkan mulut daripada bakteria, mengurangkan plak, mencerahkan gigi, dan bahkan boleh membantu mengatasi masalah bau mulut. Minyak kelapa dipilih kerana ia mengandungi asid laurik, yang memiliki sifat antimikrob dan anti-inflamasi.
@yurileeeee Can’t live without it❤️ #coconutoil #oilpulling #oralhealth #teethwhitening #plaque #tartar ♬ Calvin Roux by Snowdream – Snowdream
Bagaimana Ia Berfungsi?
Ketika anda berkumur dengan minyak kelapa, minyak ini bertindak seperti magnet yang menarik dan mengikat bakteria serta toksin dalam mulut. Proses ini membantu mengurangkan jumlah bakteria berbahaya yang menyebabkan kerosakan gigi dan masalah kesihatan mulut lain. Selepas berkumur, minyak yang kini mengandungi kotoran dan bakteria ini akan dibuang.
Kumur Minyak Kelapa
Manfaat Kesihatan Mulut
- Mengurangkan Plak dan Gingivitis: Kajian menunjukkan bahawa oil pulling dengan minyak kelapa boleh membantu mengurangkan plak dan radang gusi, yang merupakan punca utama gingivitis.
- Mencerahkan Gigi: Penggunaan minyak kelapa secara berterusan boleh membantu mencerahkan gigi secara semulajadi.
- Mengatasi Bau Mulut: Oil pulling juga dikenali mampu membantu mengurangkan masalah bau mulut yang disebabkan oleh bakteria.
- Meningkatkan Kesihatan Keseluruhan Mulut: Selain membersihkan gigi dan gusi, amalan ini juga dikatakan boleh menyokong kesihatan mulut secara keseluruhan, termasuk lidah dan bibir.
Cara Melakukan Oil Pulling
- Ambil satu sudu besar minyak kelapa dan masukkan ke dalam mulut.
- Kumur minyak tersebut perlahan-lahan selama 10 hingga 20 minit. Jangan menelan minyak tersebut.
- Selepas berkumur, buang minyak ke dalam tong sampah, bukan sinki, kerana minyak boleh menyumbat paip.
- Bilas mulut anda dengan air bersih dan gosok gigi seperti biasa.
BACA LAGI : Nur Afrina Batrisyia Dinobat Ratu Pecut SUKMA 2024!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.