Anak-anak suka tengok cerita seram dan ganas, ketahui sebab ibu bapa mesti cegah ‘habit’ yang satu ini. Cerita seram dan ganas sering menjadi pilihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan kemajuan teknologi dan mudahnya akses kepada pelbagai platform media, anak-anak semakin terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai dengan usia mereka.
Anak-anak Suka Tengok Cerita Seram & Ganas, Ketahui Sebab Ibu Bapa Mesti Cegah ‘Habit’ Yang Satu Ini
Walaupun minat terhadap cerita seram dan ganas ini mungkin dianggap normal oleh sesetengah ibu bapa, hakikatnya ia boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan mental dan emosional anak-anak.
Melalui perkongsian daripada seorang terapi cara kerja (occupational therapy) Siti ‘Aisyah Rozalli kanak-kanak suka menonton cerita-cerita yang berkisarkan kisah seram dan ganas kerana beberapa sebab.
Ketahui apakah sebabnya ibu bapa perlu mencegah anak-anak daripada menonton cerita seram dan ganas.
KENAPA KANAK-KANAK SUKA TENGOK WATAK SERAM DAN GANAS?
Ramai parents tanya saya, “Macam mana anak-anak saya boleh suka tengok cerita-cerita seram dan ganas kat YouTube tu?”
Dia ada beberapa sebab:
1. Anak-anak suka test boundary
Apa yang mereka rasa “macam tak elok”, yang tu yang mereka akan cuba untuk tonton. Kenapa? Sebab mereka nak tahu adakah kita konsisten dengan “tak elok” yang kita kata tu.
Tonton orang kena bunuh.
Tonton orang kena tikam.
Tonton orang kena kejar.
Semua itu BOUNDARY JELAS.
Yang kita allow anak kita untuk pecahkan dengan benarkan mereka menontonnya.
Hari-hari….
2. Menonton sesuatu yang seram dan ganas cipta “adrenaline rush”
Jantung berdegup laju, dada berdebar. Ada anak-anak yang suka dengan “rush” tersebut. Jadi, mereka akan tonton banyak kali sebab nak rasa “rush” tadi.
3. Terpengaruh dengan rakan-rakan
Pergi sekolah, pergi taman, kawan-kawan semua sebut nama Huggy Wuggy. Anak kita ada FOMO (Fear of Missing Out). Jadi, mereka juga mahu main dan tonton apa yang kawan tonton.
4. Mereka tak sedar mereka dalam ketakutan
Anak-anak ni, mereka belum boleh beza apa yang baik & buruk. Jadi, bila mereka tonton cerita seram dan ganas, imej tersebut tersimpan dalam minda mereka. Imej ganas dan seram itu akan mengganggu mimpi mereka dan menjadi fokus imaginasi mereka.
Maka, anda akan lihat anak suka dan berulang kali melukis imej-imej seram tersebut. Ianya adalah cara mereka “cope” dengan ketakutan.
Kita nampak anak macam suka.
Tapi, minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.
5. Ianya telah menjadi ketagihan
Kita terlepas pandang untuk kawal apa yang anak kita tonton. Tapi, YouTube terus hidangkan dan sogok minda anak kita dengan video-video repetitive dan “hooking”.
Anak kita tu, kalau boleh taknak tengok. Tapi, sebab adrenaline rush yang mereka terima setiap kali menontonnya, dan rasa “familiar” dengan watak yang ditonton hari-hari tu, menyebabkan anak kita sebenarnya bukan suka, tapi ketagihan.
Kasihan pada anak kan?
Berperang dengan minda sendiri.
Tapi, kita ingat mereka suka.
Betul.
A bit of fear.
A bit of adrenaline rush is good.
Tapi, ada banyak cara lagi untuk anak belajar cope dengan fear selain biar anak tonton watak-watak yang mencemar otak suci mereka.
Be vigilant. Alert dengan apa yang anak tonton.Jangan cederakan minda dan pemikiran anak-anak kita dengan rasa kita ni parents yang “cool” dan “relax”.
Nanti, bila besar, anak kita jadi orang yang kurang empati, kurang sense of danger, cepat stress, high anxiety, tak tahu nak jaga dan selamatkan keluarga sendiri…
Baru kita tertanya… What did I do wrong… Cegah sebelum terlambat ya.
Saya sarankan ibu ayah HIDE APPS YOUTUBE di handphone supaya anak tak jumpa dah.
Dan install apps Durioo+
Kesimpulannya cerita seram dan ganas mungkin nampak menarik dan menyeronokkan bagi kanak-kanak, tetapi pendedahan yang berlebihan kepada kandungan seperti ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan psikologi, emosi, dan sosial mereka.
Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengambil langkah proaktif dalam mencegah ‘habit’ ini dan memastikan anak-anak mereka terdedah kepada kandungan yang positif dan membina. Dengan bimbingan dan pengawasan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka membesar dalam persekitaran yang sihat dan seimbang.
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli
Baca artikel lain juga: Anak Layan Watak Seram & Ganas, Mula-Mula Takut Tapi Jadi Ketagih, Elakkan!
Siri Kartun Ganas Beri Impak Negatif Kepada Anak, Elakkan Anak Tonton Selalu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.