Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa didakwa kini sedang hamil cahaya mata ketiganya bersama suami tercinta, Haris Ismail.
Ibu kepada dua putera itu dilihat memuat naik dua keping foto di Instagram miliknya dengan mengenakan jubah berona merah dan tudung berwarna putih.
ARTIKEL BERKAITAN: “Doa-Doakanlah…” -Neelofa Pasang Impian Mahu Jadi Guru Mengaji
Berikutan fizikal pelakon filem romantik Pilot Cafe itu kelihatan sedikit berbeza, rata-rata netizen mula berteka-teki mengenai status kehamilannya.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan dakwaan sedang hamil, selain mereka juga tidak lepas peluang untuk mengucapkan tahniah buat bekas hos rancangan hit MeleTOP itu.
“Macam nampak ‘baby bump’ sahaja,” komen seorang pengguna.
“SubhanAllah, something cute coming soon,” komen juga seorang pengguna,
“Macam baru sahaja umum lahirkan Abbas. Alhamdulillah rezeki lagi,” tulis pengikutnya yang lain.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan daripada Neelofa mahupun Haris berkenaan perkara tersebut.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada tanggal 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Neelofa
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.